Showing posts with label Mee dan Pasta. Show all posts
Showing posts with label Mee dan Pasta. Show all posts

asam laksa nyonya style


by Rohayu Ramli on Thursday, 3 November 2011 at 21:49
Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 1 paket isi laksa halus
  • 2 tin srdin ayam brand
  • 12tbs cili boh dikisar dgn b.puteh 3 ulas,b.kecil 5 ulas n belacan sebesar ibu jari
  • sebesar ibu jari 50gm halia(diketuk) n lengkuas(diketuk) 3 btg serai dititk 1/2 biji nenas dipotong 1sudu teh jintan tumbuk halus
  • 1 cawan asam jawa 1biji timun 1btg bunga kantan 1ikat daun kesum
  • telur ,limau kasturi, bawang
Cara-cara
  1. tumskan cili yg dkisarkan dgn belacan bawang puteh n bawang besar.masukan isi ikan sardin yg hancur tanpa sos.basuh isi ikan dulu sebelum di hancurkan.next masuk jintan n nenas supaya airnye keluar
  2. masukan asam jawa n stock ikan bilis ,masukan halia lengkuas n jangan lupa daun kesum n bunga kantan
  3. masak sehingga mendidih .sajikan bersama timun, telur,bawang,limau kasturi

Laksa penang


ohayu Ramli on Monday, 9 January 2012 at 08:11
EnaZamri Rashid 
Resepinya...

Bahan2 utk kuahnya
Ikan selayang/kembung
kalau ikan selayang ada juga yg panggil ikan sardin/kembung sekilo
kalau ikan makerel seekor...ada di jual di hypermarket yg frozen punya
cili kering 20biji kalau taknk pedas kurangkan
bawang besar 2 labu
belacan 3 in
asam keping 4 keping
bunga kantan 2
daun kesum

hiasan:-
cili api
cili masak
timun
salad
limau nipis

cara2nya senang jer...
rebus ikan dgn asam keping lalu disejukkan n diasingkan isi n tulang then blender isi dahulu baru tulangnya (tulang ni ambil air saja ye hehehe nnti tercekik pulak) asam keping jgn buang k
rebus cili kering sebentar..
pastu blender dgn bawang besar n belacan
campurkan semua yg diblender dlm periuk letak air mengikut kepekatan
masukkan asam keping yg direbus dgn ikan n tambahkan lagi kalau suka masam
masukkan garam, bunga kantan n daun kesum
masak hingga mendidih

Laksa kering yg sedap k ena selalunya guna yg dari China balutan hijau tapi lately ni anak bujang k ena kalau balik Kuala Kangsar rumah bakal mertuanya dia akan belikan laksa tepung gandum mmg sdp n cpt kenyang...
Tiba2 k ena teringat masa k ena kat UK tahun 95/96 k ena selalu masak laksa pakai ikan maccarel...memang sedap giler...kalau tak caya...sekali2 g lah hypermarket beli ikan maccarel frozen n buat rasalah kelainan n keenakannya....

Cubalah ek!

Kalau pakai ikan selayang...masukkan ketam seekor...:)m

Tips Laksa Penang


Tips Laksa Penang

berguru ngan nyonya cina jual laksa kat Sungai Petani...nak makan takleh sal lum pasti peralatan yg dia guna tu halal..so setiap hr waktu lunch g tgk je nyonya tu wat sambil2 tanya pe camna dia wat...sehari dua 3hari sebulan dua bulan masuk 4 bulan .last2 nyonya tu kesian kat maktih sy pai bg reseepi camna nak wat...resepinya sama je cam resepi yg kak EnaZambri bagi...cuma lau laksa utara serai diketuk dan semasa nak makan kita leh pilih nak tambah otak udang atau dimakan tanpa otak udang.....berbeza ngan laksa cina serai diblend bersama2 bhn kisar dan dimasak bersama2 campuran otak udang... bila makan ditambah pulak ngan nenas...tu sal rasanya berbeza ngan laksa kita...

letak kicap manis , otak udang ..

To'yu tu habuan budak2 makan dgn laksa tanpa kuah.

Laksa cina penang hat sedap tu, depa rebuih kora boh sekali. Ikan pun depa rebuih sekali isi perut, tak buang. Tu yang buat manih dan biul

Laksa Kola Perlis


Laksa Kola Perlis

by Rohayu Ramli on Monday, 16 January 2012 at 08:31
Mi Zza
LAKSA KOLA PERLIS

1/2 kg ikan kembung
1/2 kg ikan sardin/ selayang
1 kpg asam gelugur

rebus ikan, asingkan tulang- blend tulang dan tapis

1/2 ketul belacan
1 bj bwg besar } blend dgn isi ikan smpi halus
1 senduk cili gilng

10 kpg asam gelugur
daun kesum
bunga kantan
garam
1sk gula/pak aji

1 bks laksa cap bunga kangkung (sbb cepat empuk)
daun selom, timun, cili, limau, telur rebus, bwg besar- hiris nipis dan basuh dulu br sedap..

kuey teow


Bahan-bahan ( 2 org )
  • * UTK PASTE *
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur
Cara-cara
  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

Laksa Kola Perlis

Mi Zza kuah :
1/2 kg ikan temenung (kembong putih..yg kecik tu..)
1/2 kg ikan sardin
- rebus + 1 asam keping-- asingkan isi dgn tulang, blend tulang (tapis)

blend isi ikan dgn bhn2 d bwh smpi halus :
1/2 senduk cili giling ( pedas ikut citarasa, tp laksa kola mmg x brp pedas)
belacan anggaran 1/3 tapak tgn...( susah nak agak..hehe..)
1 bj bwg besar

8-10 kpg asam keping
bunga kantan -belah 2
daun kesum
garam
utk lg sedap kena tambah ajinomoto sebenarnya tp oleh krn semua org allergic dgn pak aji la ni, ganti lah dgn gula 1 sudu kecik..

tambah lah air agak2 jgn terlampau pekat dan jgnlah plk cair

laksa :
2 bgks laksa - sdg elok dgn kuah sekilo ikan
(sy suka laksa cap bunga kangkung, cepat empuk tp kena rendam berjam2 jgk)

ulam :
daun selom, timun, cili, telur rebus, limau kasturi, bwg besar (sila belah 2 dan hiris senipis mungkin- lepas tu basuh)

kicap (optional) tp majoriti org ps makan laksa kena buh kicap ni... x dak toyu x sedap...hehe...

Makaroni Bakar

Noor Haslina Abdullah
saje nk tempek rcp makroni bakar kt sini... mmg sdp,cuba leee...

Bahan-bahan
3-4 cwn makaroni - direbus dan tos
4 btg sosej @ ayam @ daging - di dadu @ di cincang
2 ulas bawang putih -di cincang
1 labu bawang besar - di cincang
1/2 cwn sayur campur
4 biji telur
1 cawan air masak
1 cwn susu segar (kotak)
1/2 cup keju cheddar @ mozarella @parmesan
garam dan lada sulah/hitam secukup rasa (optional)
Cara-cara
1. Panaskan oven pada 180C. Sapu majerin pada loyang bulat 8".
2. Didalam bekas satukan telur + susu + air. Pukul hingga sebati dan ketepikan.
3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan naik bau. Masukkan sosej, sayur campur, garam dan lada sulah. Tunggu seketika hingga ayam/sosej dh masak. kemudian masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul sebati dan tutup api.
4. Tuang makaroni goreng tadi ke dalam loyang dan tuang bancuhan susu dan telur. Taburkan keju. Kalau nk lg sdp jika blh pastikan bila susu + telur td dh dituang kedlm loyang td pastikan semua macroni td dh dilitupi oleh susu + telur td.... selepas bakar macroni akn menjadi cantik...
5. Bakar selama 30minit. On kan pemanas bahagian atas untuk mencairkan keju selama 5minit dan keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebentar selama 5-10minit.
6. bolehlah dimakan dgn sos cili + mayonis (digaul sebati)

Makaroni Bakar

Bahan-bahan ( 5 )
  • 300gm macaroni
  • 250 gm daging cincang
  • 4 biji telor (pukul kembang)
  • 3 sudu rempah kari
  • 2 labu bawang besar
  • 1 tin susu cair
  • 1 cawan air
  • sedikit keju parut
  • minyak utk menumis & garam
Cara-cara
  1. rebus makaroni hingga empuk & toskan
  2. kemudian panaskan minyak & tumis bawang besar bersama rempah kari sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukan daging & kacau rata hingga daging masak
  4. Selepas itu masukkan susu garam dan gula. Kacau rata
  5. Masukan makaroni air dan kacau hingga mendidih.
  6. Tuangkan adunan kedalam loyang yang telah disapu minyak.
  7. Tuangkan telor dan taburkan keju. Bakar selama 180 C (45 minit}

Laksa Penang

by Junainah June

Bahan2 untuk kuah
1/2kg ikan kembong
1/2kg ikan sardin sederhana besar
Rebus ikan-(jgn dibuang air rebusan)
Asing isi ikan dr kepala dan tulang
Isi ikan ditumbuk
kepala & tulang diblend kemudian ditapis(ambil air tapisannya)

15 tangkai cili kering + sedikit cili padi(50sen)
1labu bawang besar
sedikit belacan -agak2
(blend cili+belacan)
10-12 kpg asam(ikut suka tahap kemasamannya)
2 btg serai
3 btg bunga kantan dibelah 2
secekak daun kesom(cenohom)
garam dan serbuk perasa bg yg suka
bg yg suka otak udang bolehlah dimasukkan sikit kedlm kuah.

Bahan2 hiasan
sedikit hirisan nenas
hirisan bawang besar
hirisan cili padi @cili merah
daun salad(tpi kalau ada daun selom lg wangi)
pucuk gajus-kalau ada
sebiji timun yg dihiris nipis
limau kasturi bg yg suka masam
telur rebus
Sebungkus laksa beras(direndam 2-3jam utk senang dicelur)

Caranya
Masukkan isi ikan beserta air rebusan,bahan2 blend,daun kesom,bunga kantan,serai,asam keping serta garam.
Rebus hingga mendidih.
Siap masak bolehlah dihidangkan...Boleh dihias dgn bahan2 taburannya

Laksa akan sedap dimasak bila kuahnya disimpan semalaman...sbb baru rasa mesra rasa kuah tu...

Mee Udang Banjir

*MEE UDANG BANJIR KUALA SEPETANG*
(recipe ni sya dpt dr surat kbr..tp x ingat srt kbr bile..yg pasti dr Metro Ahad..)
Resepi Dari Chef Mariana .TQ

BHN2 ( hidangan utk seorg)
¤ mee kuning
¤ 6~8 ekor udang (saiz XXL)
¤ 2 sb lada kisar
¤ 2 bj bwg putih > kisar halus
¤ 6 sb sos tomato
¤ sawi
¤ 1 1/2 cwn air
¤ garam
¤ gula
¤ daun sup
¤ bawang goreng

CARANYA
¤ tumis bwg putih d tumis dg sdkt minyak > wangi
¤ masukkan lada kisar > pecah minyak
¤ masukkan air, sos tomato > mendidih
¤ masukkan mee, udang, sawi, gula & garam > biarkn msk sebentar
¤ tutup api
¤ hidang bsama daun sup & bwg goreng

Laksa Johor

TQ : Liza Othman
 ni anggaran agak2 la ye,,, sekilo ikan,, 2 peket rempah kari 3 biji santan,,, bwang n bwg putih, buah keras,halia, lengkuas, serai,kerisik,
- tambah sedikit udang kering dikisar dan ikan masin kurau juga dikisar...

Laksa Penang

Resepi dari : Kak Pau .TQ kak

Bahan A
1kg ikan kembung
2 liter air
6 keping asam gelugor
1 1/2 sudu makan garam
* masuk semua dlm periuk & rebus hingga ikan masak,simpan sebelah asam keping, blender ikan+ air rebusan pastu tapis guna penapis jarang. Masuk semula asam keping dan campur bahan B.Masukkan isi ikan yg dah ditapis.. masak hingga mendidih. dah siap.

Bahan B
20 bj cili kering(nak pedas tambahla)
2 labu bwg besar
segenggam ikan bilis ( boleh juga digantikan dgn belacan)
secekak daun kesum
2 kuntum bunga kantan
1/2 sdu teh gula( atau perasa aji)

Bahan C- tabur
daun salad, cili padi, timun, limau kasturi, telur rebus, bwg besar...

Mee Bandung (by Sarah)

Resepi dan Gambar Ehsan dari Sarah Saebon  .TQVM My Friend...

 Bahan2nya:

1.daging lembu muda 300gm-rebus dgn garam & 2 liter air sampai empuk
2.Lada kering 8 tangkai
3.Bawang kecil merah 8-10 ulas & bwng putih 2 ulas
4.Udang kering 150gm rendam hingga lembut
5.(udang basah sederhana 10 ekor buang kulit di kisar bersama
6.biskut bijan 6-8 keping )
7.Sotong basah 1ekor (yg warna Merah tu, kurita,dipotong 1in lebar)
8.Sawi & beberapa biji telur
9.kacang tanah tumbuk-beli dah siap aje
10.Mee kuning 1 kilo-Celur dlm air panas & toskan.

Caranya:
Tumbuk lada kering hingga lumat,masukan bwng merah & bwng putih tumbuk lg,asingkan.
tumbuk udang kering hingga lumat.
Tumiskan lada kering & bwng hingga wangi,masukan udang kering & kacau hingga sebati,jika teerlalu kering masukan sedikit air,kacau dgn api perlahan sampai terbit minyak.kemudian tuangkan udang yg dikisar bersama biskut tadi,kacau lagi...
Campurkan kedalam air rebusan daging..jadilah kuah mee bandung.
biskut utk pekatkan kuah,bijan utk memberikan rasa istimewa mee bandung ni.
Tips Tambahan :
 kala guna biskut marie boleh juga,pas tu  beli bijan,goreng tanpa minyak & blend sekali dgn biskut & udang basah.

  • Seperkara lg biskut bijan tu pastikan yg tiada gula tabur atasnya...hmm kala tidak kang njadi pengat lah pulok.



  • Untuk Hidangan:
    Panaskan kuah ke dlm kuali,bila mengelegak masukkan sedikit sotong kurita,telor ,sawi dan taburkan kacang tanah & tuangkan kedalam mee yg telah siap diisi dlm mangkuk...pas tu mknlah..

    Kuey Teow Goreng

    Resepi dan Gambar dari Tiffinbiru (CMG) . TQVM


    P1270663
    Salamm semua, hadoi..pesal malam je rasa nak demam, lepas tu nak makan char kue teow plak, tapi tak berapa bess lahh, sebab kerang tak de. Sebenarnya ada, tapi tatau mana letak, puas cari dalam peti sejuk dapur, peti sejuk luar, freezer depan...semua tak de..huhu, geramm. Akhirnya, masak je lah ikut apa yang ada. Mat guna sambal tumis 

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    1 mangkuk kue teow (mat cekut dengan tangan)
    1 biji telur, dipukul sedikit
    2 biji bawang merah, hiris
    2 ulas bawang putih, cincang halus
    1/2 keping fishcake, hiris
    1/3 cawan daging batang pinang
    1 1/2 camca besar sambal tumis
    7 pokok kuchai, cuci dan kerat2
    2 camca besar kicap manis
    1 mangkuk taugeh
    Sos ikan secukup rasa


    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, dan juga daging, kacau rata. Jika perlu tuang sedikit air (tapi mat tak letak). Masukkan kicap manis, kacau dan tambah kue teow. Kacau rata.
    2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, dan bila telur sedikit mengerasn kacau rata dan gaul dengan kue teow. Renjis dengan sos ikan secukup rasa. Masukkan kuchai dan gaul.
    3. Akhir sekali tambah taugeh tadi, gaul pantas dan matikan api. Gunakan api besar masa menggoreng. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama cili jeruk atau sos cili..
    4. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...(kalau mahu / tak perlu letak ikan bilis nya)

    BAHAN-BAHANNYA :-)
    1 genggam ikan bilis
    1 1/2 cawan cili kisar
    1 biji bawang besar, hiris
    1/2 cawan jus asam jawa
    1 hirisan halia,
    Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
    8 biji bawang merah*
    2 ulas bawang putih*
    1 inci belacan*
    3 biji buah keras*(*dikisar halus)

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa, masukkan ikan bilis, perasakan dengan garam dan gula serta sedikit serbuk perasa, kacau rata dan masak hingga pekat.
    2. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi lemak tadi....


    atau resepi ini : juga dr CMG

    500 gram kue teow
    1 genggam taugeh, buang ekor
    1/2 cawan isi udang
    1/2 cawan hirisan sotong
    2 camca besar cili kisar
    1 camca besar sos tiram
    1 camca besar sos cili
    2 camca besar kicap pekat
    1/2 camca teh cuka makan (optional)
    2 biji telur, dipukul sedikit
    Kicap cair secukupnya
    3 biji bawang merah, hiris halus
    2 ulas bawang putih, hiris halus
    Secubit gula

    Mee Udang



    Resepi dan gambar dari Sini

    Bahan-Bahan
    • 2 paket mee kuning - dicelur
    • 1/2 kilo udang - asingkan kulit dan kepala
    • 1/2 ekor ayam
    Bahan-Bahan Untuk Dikisar
    • 2 biji bawang besar
    • 4 ulas bawang merah
    • 4 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 8 - 10 tangkai cili kering
    Cara Penyediaan:
    1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30 minit. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
    2. Kulit dan kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam dan rebus untuk 15 minit atau lebih.
    3. Keluarkan kulit dan kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit dan kepala udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
    4. Guna minyak yang goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
    5. Masukkan udang yang dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam dan gula/perasa. Jika ingin sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
    6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yang dicelur, tauhu goreng, telur rebus, daun sup dan daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

    Mee Calong


    Esok ingat nk cuba buat mee Calong,macam Bakso ajer..Ok larr..resepi dan Gambar diambil dari sini .TQ Chef Hanieliza .

    MEE CALONG [MEE FISHBALL]
    Bahan
    1 rangka ayam [potong kecil]
    500 gm mee kuning atau bihun [celurkan]
    1 pokok daun sup [hiriskan]
    1 batang carrot [potong kecil]
    3 pokok sawi minyak/baby sawi/kailan [potong pendek]
    3 biji cili merah [hiriskan]
    bawang goreng
    garam
    air secukupnya
    2 s/b minyak
    1 kiub ayam [maggi atau knor]

    Bahan tumbuk/mesin
    2 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 s/b lada hitam

    Bahan Sos Kicap Pedas
    15 biji ciliapi ] tumbuk halus
    1 ulas bawang putih ]
    2 s/b kicap cair


    Bahan Calong 
    1/2 cawan isi ikan tenggiri atau selayang
    1 s/k lada hitam tumbuk
    sedikit tepung jagung
    sedikit garam

    Cara.
    1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. Bulat2 bentuk kecil.
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk/mesin sehingga wangi.
    3. Masukkan air dan biarkan mendideh.
    4. Masukkan garam, tulang ayam dan renehkan sehingga mendideh.
    5. Apabila mendideh asingkan tulang2 ayam tadi dan masukkan calong.
    6. Masukkan kiub ayam dan carrot dan bairkan mendideh perlahan2.
    7. Masukkan sawi/kailan.
    8. Bila mendideh tuangkan bahan sup keatas mee atau bihun.
    9. Taburkan daun sup dan cili yg telah dihiriskan dan bawang goreng.
    10. Hidangkan panas2 bersama sos kicap pedas

    Bakso

    Bahan-Bahan:
    ½ kg daging cincang
    3 ulas bawang putih, dihiris
    Bawang Merah - 5 bj
    Buah keras - 1 biji
    50 gram tepung sagu - utk kepekatan
    1 sudu teh garam atau secukup rasa
    1 biji putih telur

    Sediakan:
    1 mangkuk besar air mendidih
    1 mangkuk air sejuk/air ais

    Cara Penyediaan BAKSO: ( Beli yang dah siap pon ada )
    Campur kesemua bahan dengan menggunakan tangan dan sendok sampai mesra dan tidak melekat. Basahkan tangan dengan air, ambil campuran daging dengan tangan dan genggam dan keluarkan melalui celah jari telunjuk dan ibu jari. Bulatkan bakso dengan sendok dan celupkan ke air panas mendidih sehingga terapung. Pindahkan bakso yang terapung ke dalam air ais selama 5 minit. Lakukan sehingga selesai.

    Kuah Bakso:
    Sediakan air rebusan daging. Tambahkan garam, merica, dan gula secukup rasa. Setelah mendidih masukkan bakso tadi dan masak sebentar lagi.


    **untuk kuah : tumis bawang putih,bawang merah,buah keras,masukkan kedalam rebusan tulang,masuk merica,garam,penyedap masakan masako,perisa sapi[lembu],daun bwng,daun sop.bawang goreng.


    SAMBAL:cili padi di rrebus sekecap,blend dan tumis,garm


    Sambal :

    1 ulas bawang putih
    10 - 15 tangkai cili padi / cili merah (ikut tahap kepedasan citarasa)
    sedikit garam
    kicap manis (kalau nak lagi ori... kicap cap ABC)

    Tumbuk cili + bawang putih
    masukkan kicap n sedikit garam jika perlu


    Cara Sajian:
    Sediakan mangkuk berisi mi kuning atau bihun yang sudah direbus, tuang kuah sup dan baksonya, tabur potongan daun seleri dan bawang merah goreng.
    Hasil Tangan Sendiri .. Ikut Resepi ini.. :)
    Saya suka beli Bebola Bakso dari Pasar Kg.Baru,rasa nya lebih Sedap ..lebih rasa daging dari tepung..

    Laksa Singapore / Mak Da

    bawang merahbawang putihkacang tanag tumbuh (kueh satay or kuah nasi empet is preferable)udang kering (blend)serai titiklengkuasbelacancili bohkunyit serbukketumbar

    Garnishes-daun bawang, bawang goreng, fish ball n cake, taugeh , telor

    Ok ni ingredients untuk laksa ni, pepandai blend to ur taste bud. 
    oh yeah, lupa nak bitau, kalau nak sedap letak udang hidup, kasi manis. Letak jugak ayam, gerenti best! Makda besenya ambik ingredients jer, sukatan kene sukat seniri ikut citarasa. Blh taruk sikit gula utk naik rasa, kami tak pakai pak aji. Selamat mencuba...resepi makda seme jenis campok2 jer..:)

    Char kuew Teow

    Bahan Buat Kicap:Air Rebusan UdangSedikit sos ikanGula MelakaKicap CairKicap MasinSos Tiram(Masak kesemuanya sekali sehingga menjadi satu pekatan kicap)

    Bahan Buat Pes Cili:Isi Udang dikisarCili Kering dikisarBawang Putih dikisarSedikit bawang besar dikisarGaramGulaSedikit minyak(Tumis bawang putih, bawang merah, cili Kering, udang sehingga menjadi mcm cili boh)

    Bahan-bahan buat Char Kuey Teow:Udang (jgn buang kulit, kepala, ekor)Kuey TeowTaugehKucailada sulah jika sukaKerang (rebus separuh masak)TelorMinyak

    Cara menyediakan:1) Masukkan minyak, goreng 3-4 ekor udang sehingga kulit udang kemerah-merahan.2) Tuang 2 sudu besar kicap char kuey teow, 3 sudu besar pes cili dan kacau.3) Masukkan kuey teow, taugeh, kucai dan kacau.4) Pecah 1 biji telor dan kacau, lepas tu masukkan 1 senduk kicap char kuey teow sekali lagi dan kacau.5) Sedia dihidangkan bersama cili jeruk.

    Mee Hong Kong

    Bahan-bahan:Mee kuning / mee hoon Daging - hiris nipisIsi ayam - potong dadu kecilUdang Sotong - potong kecil2Fishcake - hiris nipisSawi - potong kecilBawang putih - biar lebih sikit (ditumbuk kasar)Lada sulah - biar lebih sikitTepung jagung - untuk memekatkan kuahAir rebusan kulit udang (untuk kuah)Garam secukup rasa

    Cara menyediakan:1. Panaskan kuali, tumis kan bawang putih hingga garing dan masukkan daging hingga daging empok sedikit.2. Masukkan isi ayam, udang, sotong dan hirisan fishcake, sos tiram dan gaul rata.3. Masukkan air tunggu hingga mendidih, masukkan lada sulah, sedikit garam dan pekatkan kuah sedikit dgn tepung jagung.4. Masukkan sayur dan mee. biarkan sebentar agar sawi masak dan hidangkan panas bersama cili jeruk

    Sila Share Link

    Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
    Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
    Dah Siap ... Happy View alls .. :)

    My Notes

    Nur Sayangku

    Nur Sayangku