Mee Udang



Resepi dan gambar dari Sini

Bahan-Bahan
  • 2 paket mee kuning - dicelur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit dan kepala
  • 1/2 ekor ayam
Bahan-Bahan Untuk Dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 - 10 tangkai cili kering
Cara Penyediaan:
  1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30 minit. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
  2. Kulit dan kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam dan rebus untuk 15 minit atau lebih.
  3. Keluarkan kulit dan kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit dan kepala udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
  4. Guna minyak yang goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
  5. Masukkan udang yang dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam dan gula/perasa. Jika ingin sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yang dicelur, tauhu goreng, telur rebus, daun sup dan daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku