Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Apam Beras


apam beras
3 cwn tepung beras (1 1/2)
2 cwn gula pasir-saya kurangkan jadi 1 1/2cawan (1)
1 cwn tpg gandum (1/2)
1 peket mauripan (1/2)
2 (1) cawan nasi blender sampai hancur dengan 3(1 1/2) cwn air
kelapa parut anggaran 1/2 biji digaulkan dengan sedikit garam

cara-cara:

masukkan semua bahan kering dalam bekas dan kacau rata
masukkan pula nasi yang telah dikisar dan kacau rata sampai tak berketul
perap adunan.tutup dengan kain/tuala bersih lebih kurang 1 jam.
sementara tu panaskan periuk kukus.
sebelum kukus, sapu minyak masak sikit dekat acuan lompang supaya tak melakat.
kukus anggaran lebih kurang 10-15 api sederhana

resepi asal dari:kedaikamiblogspot.com
 

Apam PolkaDot

Azmaniza Ahmad resipi apam polkadot:

3 biji telur dari peti
200 gram gula castor
esen vanilla
1 sudu KFC ovellete
200 grm tepung gandum
3 sudu KFC baking powder
150 ml susu segar@ cair

cara2:

1 - (A) asing telur putih dgn telur merah.
pukul telut putih sampai kembang.
2 - (B) gula, kuning telur, esen vanilla dgn
ovellete pukul sampai gebu.
3 - campurkan dua bahan diatas A dgn B.
4 - Tepung ayak dgn baking powder.
5 - masukkan tepung dlm adunan selang seli dgn susu.
warna ikut suka. paipkan adunan dlm cup masukkan inti ( kaya@ coklat@ jem)
kukus 10-15 minit.




  • Azuana OThman az saya ni x penah buat apam polkadot ni..ni nk tnya detail ckit..leh guna susu cair yg dlm tin tu ke n masa msukan tepung selang gan susu tu kacau hinga sebati ke...pastu inti tu nk letak masa kita maskan adunan tadi separuh cup or camne..
    15 hours ago ·  ·  1
  • Noraslita Asahan boleh kak azuana.. .sy guna maxer sambil dia putar sy masukkan susu selang ngan tepung hingga habis br sy gaul hingga sebati adunan tu..a'ah akak masukkan adunan separuh cup pas tu masukkan inti n masukkan adunan lagi hingga penuh cup then buat dot2 terus kukus..

apam polka dot


apam polka dot

by Rohayu Ramli on Tuesday, 3 January 2012 at 21:54
Mazita Jasamai
Apom Polkadot....

Resepinya :-

3 Biji telur sejuk dari peti...
asingkan putih dan kuning...
pukul telur putih hingga gebu masukan

200g gula castor
Telur Kuning
esen vanila
1 Sudu KFC Ovellete
Pukul lagi hingga gebu....

200g Tepung Gandum diayak bersama 
3 Sudu KFC Baking Powder

150ml Susu Segar/Susu cair

Masukan Susu dan tepung berselang seli...kedalam adunan yg telah gebu tadi.....asingkan...letak pewarna ikut kesukaan anda....Paipkan adunan dalam cup.... masukan Filling kegemaran....Coklat,Strawb
ery,Kaya,Blueberry......
Kukus dalam 10 hingga 15 Minit.....

Apam Balik


Photo & Recipe by Eriena Nurmimi Çinar

salam sejahtera..ramai yg bertanya resepi apam balik and disini disertakan sekali lagi resepi resepi apam balik..sukatan resepi ini telah diadjust untuk mengelakkan bau hanyir setelah apam balik sejuk..semoga kawan kawan berpuas hati dan selamat menjamu selera

bahan bahan:
1 biji telur saiz a
3/4 cawan gula..boleh dikurangkan ke setengah gelas
2 1/2 cawan tepung gandum..
1 sudu teh rata bikarbonat soda
1 sudu teh rata serbuk penaik
2 cawan air atau kurangkan bergantung pada kenipisan yg dikehendaki..boleh adjust kadar air jika mahukan apam balik yg tebal..

Cara cara:
oleskan non stick pan dgn sedikit minyak pada permulaan..make sure pan panas..gunakan api kadar sederhana supaya masak rata..
Sendukkan batter and buat seperti kuih ketayap nipisnya..
Masukkan peanut butter,mentega,serbuk kacang dan cream corn..
Bagi yg tiada cream corn ini adalah alternatif untuk membuatnya..
Dapatkan sweet corn,letakkan sedikit garam dan sedikit susu serta sedikit gula..masukkan kedlm pressure cooker and masak hingga jagung empuk..
Untuk kacang tumbuk letak sedikit garam..
Untuk step apam balik seterusnya tidak payah lagi oleskan non stick dgn minyak..
..lupa nak bgtau stepnye kakzana...pakai mixer untuk mix bahan bahan batter..puluk lama sikit bg bikarbonat nampak kembang n berlubang lubang supaya apam balik nampak cantik..dan ranggup..

Apam melur


Amal Meor
Apam Perlis @ Apam Puri

Bahan-Bahan Kulit300gm tepung gandum1 biji telurSecubit garamSedikit pewarna kuning atau hijau1 sudu besar EnoAir secukupnya

Cara-caraMasukkan tepung,air,telur,garam dan pewarna.Kacau sebati dan kemudian tapis.Tuangkan eno ke dalam bancuhan yang dah ditapis.Bancuhan jangan pekat (cair macam nak buat lempeng)Panaskan kuali non-stick (tak letak minyak pun tak apa)Dadarkan bancuhan sesenduk.Terbalikkan apam ni dua kali sahaja

Bahan-bahan untuk inti1 cawan gula1 cawan airBuat gula hangus.Kemudian sejukkan1 cawan gula3 biji telur-dipukuk hingga sebati-1 setengah cawan santan2 sudu makan tepung jagung (bancuh bersama air)

Cara -caraMasukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.Letakkan daun pandan untuk bagi wangiMasukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)

Letakkan inti ke dalam kulit apam puri tadi dan lipat duaBoleh juga guna inti kaya segera atau inti kelapa mahupun kacang merah

Akhir sekali masukkan sedikit pewarna hijau, masak lagi lebih kurang 5 minit

Apam Ladybird / dot2

APAM LADYBIRD/APAM DOT DOT DOT

by Noraslinda Bugal on Wednesday, 06 July 2011 at 17:44
Bahan-bahan
BAHAN A
3 biji telur gred A*
220 gram gula halus*
1 sudu teh ovallet*
Semua bahan bertanda* hendaklah sejuk,baru dikeluarkan dari fridge

BAHAN B
150 ml susu kotak(saya guna susu kotak rendah lemak duth lady)juga kuarkan dari fridge.Nak guna susu segar pun boleh
1 sudu teh esen vanilla
275 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
Ayak bahan2 bertanda *
Jem strawberry/blueberry
Pewarna hitam dan merah

Cara membuatnya
Sebelum nak mulakan,besi mixer tu pun kena sejukkan,saya letak sekejap dlm fridge kat tmpt beku tu,ni utk cepatkan proses mengembang dan menggebukan adunan
Pukul BAHAN A hingga putih dan kembang,gunakan high speed
Masukkan esen vanilla dan masukkan susu sedikit demi sedikit
Pukul hingga betul2 sebati dan gebu,buat sehingga susu habis
Perlahankan speed.masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit
Pukul adunan hingga betul2 sebati dan likat
Ambil satu senduk adunan dan buh pewarna hitam,masukkan adunan ke dalam piping bag(Saya x de pewarna hitam,jadi saya campurkan warna biru tulin dan merah,jenama star brand,dpt la warna ala2 hitam gitu)
Ambil lagi adunan dan buh pewarna merah,masukkan adunan ke dalam piping bag
Tinggalkan sedikit adunan tanpa pewarna utk dijadikan mata ladybird,masukkan adunan ke dalam piping bag
Masukkan jem strawberry ke dalam piping bag jugak
Picit adunan warna merah ke dlm paper cup hingga hampir penuh
Kemudian picit jem strawberry dan picit adunan merah sehingga penuh ke dlm paper cup
Ambil adunan warna hitam,picit untuk bt kepala ladybird,buat satu garis di tengah2 bdn ladybird
Pastu buat dot2 kat badan
Buat dua dot2 menggunakan adunan asal(Plain) untuk dijadikan mata,pastu picit adunan hitam kat mata ladybird
Bila dah siap,kukus selama 15 minit dgn api sederhana,jgn guna api besar nanti apam akan merekah,api kecil pun x boleh,nanti apam x naik montel2
Penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain/towel yg bersih supaya air kukusan x menitik atas permukaan apam
Paper cup buh dlm acuan apam/acuan lompang

Apam dot dot

Zila Izal
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - ikot citarasa
150gm susu segar
... 3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur. heheheh (resepi dari blog kak hana..huhuhu)'

Apam Pisang CocoMilo

Sueriah Sue
nie ah resepi apam pisang chocomilo...akk da buat..sedappp....bahan2 11/2 cwn tepong gandum , 1 sudu kecil baking powder , 1 sudu kecil soda bikabonate , 1 sudu beso milo dan 1 sudu beso serbuk koko , 1 sudu kecil garam( nie utk bahan A ) ... Bahan B plak, 1 biji telor (pukul ala kadar je) 1 cwn minyak masak , 1 cwn gula perang , 7 biji pisang berangan atau emas... Cara2 nye plak , satukan semua bahan A dlm satu bekas, bubuh plak bahan yg lain ikut turutan, gaul sebati, acuan disapu ngan minyak , isikan adunan tadi 3/4 shj. Seblum tu panaskan kkukus dulu. kukus selama 15 ke 20 minit....

Apam Polka Dot

Resepi dan Gambar Dari Kak Zu .TQ Kak ..
Cara Buat dan Gambar ..di sini Di Sini

Bahan2

3 biji telur
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 gm susu segar...@ 150 ml bancuhan susu tepung...150 ml air + 5 scoop susu tepung
3 sudu teh baking powder
1 tsp esen vanilla
1 sudu kecil ovellete
paste yng disukai
pewarne yng disukai

intinye....sekaya.filling,​jem,inti kelape @ ape aje

care2

pukul gula,telur dan ovellete hingge kembang dan berkrim.
masukkan tepung berselang seli dngn susu segar.
kukus selame 10 minit..

Tips : P​ukul telur,gula n ovelt smpai kembang 2x gande(putih) br masuk tpng n aiskrim soda..pukul sebati...lagi satu kukus msti air dh mndidih....api ken kuat....cubalah...insyaAll​ah jadi....jng buka sblum msenye.
****papercup dalam gambar saiz 8..

APAM POKEDOT & APAM MEKAR SETAMAN
TQ Kak Eda
 Bahan2
3 biji telur ayam
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan santan
1 sudu ovelette
pewarna (ikut citarasa sendiri)
cawan kertas

Cara2
Pukul telur, gula, ovellette hingga kembang & pekat
masukkan santan + tepung + pewarna ikut adunan
masukkan ke dlm cawan kertas & dot dot sesuka hati

Kuih Apam Seri Ayu

Resepi dan Gambar dari MakNdak Eda
 


( Dari kecil,Bila Mak buat Kuih nii..Perasaan Selalu .. )

Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan santan
4 biji telur
1 cmb ovellete
1 cmt perisa pandan
pewarna hijau
kelapa parut (ambil yg putih)
sedikit garam

Cara2
- pukul telur, gula & ovellete hingga kembang/pekat
- masukkan santan, pes pandan & pewarna & kacau rata/sebati
- masukkan tepung & garam - kacau rata & pastikan bancuhan pekat
- masukkan kelapa parut (untuk bahgian kepala)
- tuang sedikit adunan
- kukus selama 15-20 mins @ hingga masak


Tips Apam Lebih Kembang :

- Apam merkah tuu kalo nak kasik merekah apinye kne besar...apam dot2 api besa pun tkkn merekah..membukit tinggi je...
- Rahsia nak bgi apam ni lembut..putar telo,gule n ovellette lame skit.

Tips2 utk tahan lama kelapa parut
- gaulkan kelapa parut bersama garam & kukus dahulu selama 10 mins.

Lagi 1 Resepi

Apam Gula Hangus CMG


Resepi dan Gambar dari Cik Mat Gebu CMG

P1270925
Tapi kan...kan...kan...huhu, apam mat buat ni melekat sikit lah pada acuan dia, dah sapu minyak semua tapi dok melekat sikit, terutama bahagian tengah dia. Apam ni kalau tengok resipi dia ada gaya kek sarang lebah, sebab guna gula hangus. Kalau tengok apam yang kak rose buat, aduhh lawaa, nampak elok jee, bila banding dengan mat buat..erkk..aku nya macam terlebih tembam gitu u. Apa2 pun, apam ni memang sesuai untuk minum petang dan rasa dia pun just nice..i likeee!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang air, kacau rata dan masak hingga semua sebati. Sejukkan.]
  2. Dalam food processor satukan susu pekat manis, telur, marjerin (@mentega) dan minyak, putar hingga sebati. Masukkan karamel tadi bersama2 soda bicarbonate dan esen vanilla, putar rata.
  3. Tambah tepung dan putar lagi hingga sebati, jika adunan kelihatan terlalu air, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum anggaran 1/2 camca besar.
  4. Masukkan dalam acuan apam yang telah disapu dengan minyak, 3/4 penuh. Kukus 15 minit atau hingga masakj. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang...

Apam Pisang Berangan


Resepi Dari Sini .TQVM RosJintan Manis
Assalammualaikum WBT dan selapat pagi semua, semalam petang ros menyiapkan 50 pcs tepung pelita dan 50 pcs apam pisang berangan, untuk dibawakan ke Masjid ade program bacaan Yasin beramai-ramai. Ros decided buat dua kuih ni sebabnya tak perlu banyak step nak buat dan memerlukan masa yang singkat, Alhamdulillah dapat disiapkan tepat pada waktunya. Resepi apam pisang berangan ni yang biasa je, dan resepi tepung pelita pun pernah ros letak dah, kalau berkenan, nanti ade masa boleh cuba ya. Adunan yang ros buat menghasilkan kuantiti apam yang agak banyak juga, nak buat separuh adunan pun boleh.
Apam Pisang Berangan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.comBahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
5 biji pisang berangan yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam
3/4 cawan susu segar@ santan
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Lecek pisang berangan besama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati.
3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan,  dan kukus selama 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

Apam Labu

 Resepi dan Gambar dari Sini .TQ Kak Ummi


APAM LABU
Adaptasi dari: Apam Keledek di sini

Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota: 
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lubang2 besi (seperti gambar di atas). Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....lihat perbezaan gambar di bawah.

Apam Beras


Resepi Dari Sini ..TQ Cha.

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku