Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Dhal parpu


Caranya ;
1-rebus kacang dhal sampai empuk.
2-Masukkan serbuk kunyit dan sedikit rempah kari, teruskan merebusnya.
3-Masukkan santan, perasa.
4-Telur dipecahkan sebiji2, jgn dikacau, biarkan masak.
5-Tumis dlm kuali, bawang merah, putih, biji sawi, jintan putih, daun kari, cili kering. Goreng sehingga bawang keperangan kemudian curahkan atas lauk dlm periuk. Biar direbus sebentar agar bahan2 mesra. Siap.

Kuah Tempoyak


Khazi Rahim 
As salam...nak share resipi mak saya: Cili padi (kalau boleh cili kampung lg sedap) ditumbuk dgn kunyit hidup & garam. Pas tu masuk kan tempoyak dlm lesung gaulkan skali dgn cili & kunyit yg dah ditumbuk tu..

Masuk kan dlm periuk yg berisi air, kacau, pas tu biar mendidih sedikit air tu masukkan timun air (timun ni masam tak perlu lagi asam keping & kalau tempoyak tu pun dah sedia masam). Lepas tu masukkan ikan (tenggiri, ikan cermin atau ikan kerisi pun sedap juga).. masukkan serai yg dititik & daun kesum… Biarkan mendidih.. kalau gemarkan petai boleh juga masukkan sedikit petai yg dibelah2 dua sebelum nak off kan stove tu

Asam Pedas


Asam pedas ikan jenahak... RESIPI IHSAN KAK ZAINON SEKOR 

Ikan jenahak 1 ekor,lada kering 4 genggamkunyit & halia lebihkurang seincibawang putih 3 ulasbawang kecil 10 bijidaun kesum seikatbunga kantan 3 batangbelacan (dln setengah inci..jgn banyak sgt)asam jawa 1/2 genggam (ikut rasalah, kurang masam tambah lagi)garam secukup rasagula secubit jeserbuk perasa kalau nak gunalah (secubit je)

cara2

1. Kisar bahan2 di atas.2. Panaskan minyak. Lepas tu tumis bahan2 yang di kisar tadi sampai pecah minyak.3. Masukkan air asam, garam, gula dan serbuk perasa, kacau4. Massukkan ikan daun kesum dan bunga kantan5. Kacau pelan2 sampai ikan masak.6. Lepas tu rasalah ye, tambahlah mana yg kurang.

Note:Kalau nak campur bendi, terung dan tomato pun boleh. masa masak ni tomato & bendi tak de. so akak letak daun kesum dan bunga kantan je (2 bahan ni wajib kena ada).

Kalau tak de ikan jenahak, ikan merah, ikan kembung atau tenggiri pun boleh.

Kalau ikan parang, akak suka bubuh serai je, tak bubuh bunga kantan dan daun kesum...sedap makan dgn lempeng.

Rendang Mak Aji

rendang mak aji
daging 1kg - rebus dgn santan cair

serai 4btg (sedang punya)
bawang putih & merah 3 ulas
halia & lengkuas ( size besar ibu kaki) hehehe..
{bhn di atas kasi blender}

kerisik kelapa 2sudu besar
rempah kurma 1sudu besar
1biji kelapa(santan pekat)
lada hitam yg biji punya (tumbuk ) secukup rasa kalau nak pedas lebihkan

*rempah kurma td campurkan dgn bhn blender gaul kasi rata slps itu bahagi kpd 2 bhgian.

cara-cara...
daging td direbus dgn santan cair sehingga mati air daging lepas tu masukkan rempah bhgian pertama dan gaul. setelah separuh masak campurkan santan pekat (ala kak ita, cara dia sama cam buat rendang warna merah tu)...
pastu masukkan lada hitam, rempah bhgian ke-2 dan kerisik.
tunggu 10 minit dan akhir skali masukkan air asam jawa, air limau, cuka, garam dan gula - ikut anggaran sdiri(mak saya x guna ajinomoto hehehe...x bagus)

Rendang Mak Aji

By Ayu Azren

  • daging 1kg - rebus dgn santan cair

    serai 4btg (sedang punya)
    bawang putih & merah 3 ulas
    halia & lengkuas ( size besar ibu kaki) hehehe..
    {bhn di atas kasi blender}
    kerisik kelapa 2sudu besar
    rempah kurma 1sudu besar
    1biji kelapa(santan pekat)
    lada hitam yg biji punya (tumbuk ) secukup rasa kalau nak pedas lebihkan
    *rempah kurma td campurkan dgn bhn blender gaul kasi rata slps itu bahagi kpd 2 bhgian.
    cara-cara...
    daging td direbus dgn santan cair sehingga mati air daging lepas tu masukkan rempah bhgian pertama dan gaul. setelah separuh masak campurkan santan pekat (ala kak ita, cara dia sama cam buat rendang warna merah tu)...
    pastu masukkan lada hitam, rempah bhgian ke-2 dan kerisik.
    tunggu 10 minit dan akhir skali masukkan air asam jawa, air limau, cuka, garam dan gula - ikut anggaran sdiri(mak saya x guna ajinomoto hehehe...x bagus)

Rendang Negeri 9

Rendang N9
Resepi Dari Kak Ena .TQ kak..
1 ekor Ayam 4 Bj - kelapa
10 btg - Serai - Ketuk
1 inci - Kunyit - blend
1 keping - Asam keping
garam
Daun Puding - kalau ada / tak ada pon OK

cara :
masak ayam + kunyit + serai - hingga kering air
masuk asam keping
masukkan santan kelapa
tambah garam secukup rasa.

Tips : kuah boleh dikeringkan lagi dan kalau tak cukup kuning kunyit,cuba tambah kunyit serbuk,agar lebih cantik warnanya..

Getuk Ikan Bilis

GETUK ikan bilis by : Rose Aldem
Bahan-Bahan:

Segengam ikan bilis, basuh dan toskan
2 ulas bawang merah
2 biji limau kasturi
...5-6 tangkai cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
Garam secukupnya
minyak secukupnya

Cara-cara:
1. Tumbuh ikan bilis, bawang merah dan cili api sampai separa lumat (kalo suka lumat pun tak pe)
2. letak sikit garam..secubit kecik cukup
3. Panaskan api dan goreng bahan tumbuk tadi sampai agak garing. Tutup api. letak dalam piring
3. perahkan limau kasturi...siap..makan dengan nasi panas..sedap!

Kerabu Ikan Bilis

Resepi dari : Kak Pau .TQ kak

200g ikan bilis digoreng hingga garing
(beli ikan bilis yg putih)
3 bj limau kasturi
1 kuntum bunga kantan potong halus
...3 btg serai potong halus
2 sudu makan gula
1 labu bawang besar dimayang
secekak daun kesum di cincang2
10 cili padi potong halus
sedikit garam

* campur semua bahan dan hidangkan..gaul just before makan supaya ikan bilis rangup bila dimakan..

Siakap 3 rasa


Bahan-Bahan:
Ikan Siakap
Lada Merah Hidup
Bawang Putih
Bawang Merah
Nenas
Serai
Sos Ikan
Sos Tiram
Garam
Gula
Serbuk Kunyit
Kicap Soya
Daun Ketumbar
Lada Lumat
Tepung Jagung
1 kg
8 biji dicincang halus
Satu biji dicincang halus
4 biji dicincang halus
2 keratan melintang dipotong dadu
3 ½ batang dititik (saiz sederhana)
Secukup rasa
Secukup rasa
Secukup rasa
Secukup rasa
Untuk salutan ikan
Secukup rasa
Sebagai hiasan
Secukup rasa
1 sudu besar
Cara:

Ikan

1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata.

2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah.

Kuah

3. Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan kemudian masukkan bawang merah.

4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi.

5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak.

6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu.

7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di dalam kuah tadi.

8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak. 
Cadangan Hidangan:
Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak.

Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing.

Kari / Mb

  • Nak senang buat kari jer, awok pakai bawang meroh banyok sikit bio kuah dia pekat. Klu ayam tak payoh pakai santan pun. Awok tumis bawang, serai, bawang putih, cili bow sikit sampai beminyak, pas tu baru isi rempah kari, pakai gula melaka/gula kabong jadilah. klu isi kentang, isi dgn ayam skali gus, masok kentang, masoklah ayam tu. pakai asam jawa.
  • Jgn lupa tumis juga rempoh 4 beradik tu..

Kari Kepala Ikan

Bahan A1kg kepala ikan tenggiri / merah

Bahan Kisar2 labu bawang besar (merah)5 ulas bawang putih4cm halia30gm cili kering (rendam dlm air panas) atau 1 sudu besar cili bohminyak untuk menumis 

Bahan Rempah (di gaul bersama)2 sudu kecil serbuk ketumbar1 sudu kecil serbuk jintan putih35gm (1 1/2 bungkus kecil) serbuk kari ikan 100ml air asam jawa 

Bahan D 1 liter santan10 biji bendi 4 biji terung bulat di belah2 biji tomato di belahgaram dan gula secukup rasa

Cara-cara :1.  Tumis bahan kisar hingga naik bau.  Masukkan bahan rempah yang telah di gaul dengan sedikit air asam jawa.  Masak hingga terbit minyak.  Masukkan santan, kacau hingga sebati, perasakan dengan gula dan garam.  Biarkan mendidih sekejap, masukkan terung, bendi biarkan sayur separuh masak.  Masukkan pula kepala ikan dan buah tomato.  Kecilkan api dan biarkan merenih hingga pecah minyak.

Kari Ikan Talang Masin

rahsia masak kari ialah rempah itu mestilah betul2 masak sewaktu menumis dengan menggunakan api sederhana besar. kalau tak cukup masaknya, kari itu tidak akan menjadi sedap. Petua seorang mamak dari Pulau Pinang.

BAHAN2NYA:
ikan talang (tak dapat nak agak banyak mana. kalau isi mungkin 3 potong/keping selebar empat jari)
1 cawan rempah kari ikan ( babas)
2 biji bawang besar
3 ular bawang putih
2 biji terung bulat (potong dua atau empat)
1 tangkai daun kari
1 asam keping
½ cawan santan atau susu segar
½ cawan minyak masak

CARA MEMBUATNYA:
rendam ikan selama sekurang2nya 4 jam. pastu cuci bersih2.
hiris bawang merah dan bawang putih. panaskan minyak dalam periuk.dah panas masukkan bawang merah dan bawang putih serta daun kari, goreng sampai warna bawang jadi brown, pastu masukkan rempah. kacau pantas selama 1 minit dan masukkan setengah cawan air. pastu gorenglah rempah itu sehingga garing dan naik baunya. bila dah terbit minyak, masukkan lagi 2 cawan air dan santan/susu. kacau dan bila hampir melegak, masukkan ikan dan terung dan terus didih sambil kacau perlahan2. apabila terung sudah hampir masak, masukkan asam keping. kacau lagi. bubuh secubit serbuk perasa atau gula jika suka. biarkan mendidih. kalau tak cukup kuah, tambah air panas sehingga sampai ke tahap yg diperlukan. didih guna api perlahan sampai naik minyak dipermukaan periuk. jangan bubuh garam. bila dah rasa puas hati masaknya, tutup api.
garam hanya ditambah ketika hendak menceduk dan menghidang. buat kari ikan talang awal sedikit dan biarkan satu atau dua jam baru dimakan. ketika itu, masin daripada ikan tu tentu sudah meresap ke kuah. jadi suka hatilah pada masa itu nak tambah lagi garam ke tidak yer.
Ini kari stail org India. 

Asam Pedas Daging Melaka

1 kg daging batang pinang. potonglah kecik2 .
segenggam cili kering direbus.
3 biji sederhana besar bawang besar,
2 ulas bwg putih, satu inci halia,
satu sudu kecik serbuk kunyit,
belacan sebesar ibu jari sendiri,
secekak daun kesom dan minyak.
Cara :
 blend cili kering yg dh rebus dengan bawang, halia, bawang putih dan belacan sampai halus.
panaskan minyak dan tumislah sampai garing dan semerbak bau .
pastu masukkan daging. kalau batang pinang tak yah rebus.(kalau daging biasa kena rebus sampai empuk. air dia masukkan sekali. kalo tidak hilang manis dia.)
bila daging dh mula keluar air, kacau lagi sampai rata ,
bubuhlah air dalam secawan ker dua ker ikut pekat .
Bila rasa daging dh betul2 empuk, masukkan air assam jawa dalam setengah cawan. nama pun assam pedas so masamnyer ikut suka koranglah. masukkan jugak kunyit serbuk 1 sudu kecik. masak lagi,
didih pelankan api dan masukkan daun kesom. kalo ada bunga kantan lagi meletup.
bubuh sikit gula atau serbuk perasa (kalo guna) dan garam. bila puas hati, tutuplah api.

Udang Goreng Pedas

500 gms udang putih halus
segenggam cili api (kalau tak nak pedas sgt kurangkan)
2 labu bawang sederhana besar
3 ulas bawang putih
asam jawa
minyak

CARA MEMBUATNYA:
cuci udang bersih2 dan toskan.
tumbuk cili api hingga halus.
tumbuk bawang berserta bawang putih.
panaskan kuali. bubuh kira dua atau tiga sudu minyak dan tumis bahan tumbuk sampai setengah garing.
masukkan sedikit air asam jawa dan udang, garam dan sedikit serbuk perasa. goreng sampai udang betul2 garing dan ranggup.
kalau guna cili api warna hijau maka lauk tu warna hijau lebam gitu, kalau guna cipi api merah, cantiklah merahnya. kalau tak suka pedas, boleh gak guna cili merah atau cili hidup.
sedap sangat makan panas2 dengan nasi .

Kari Ketam India

BAHAN2NYA:
4 ekor ketam (anggaran 1½ kg)
1 cawan rempah babas
½ cawan santan (susu cair pun boleh)
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecik rempah campuran untuk menumis
daun kari

CARA MEMBUATNYA:
Ketam diberikan dan dipotong dua. toskan.
panaskan kuali besar atau periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang.
apabila sudah naik wangi, masukkan rempah tumis campur dan setangkai daun kari.
golek2 sekejap dan
masukkan rempah babas 1 cawan.
goreng pantas2 sampai dah tukar warna,
pastu masukkan air ½ cawan dan kacau hingga sebati dengan rempah.
perlahankan api dan masak selama 3 atau 4 minit sampai naik wangi.
untuk mendapat kari yang sedap, pastikan rempah benar2 masak. ini petua kjee dapat.
bila rempah dah elok wanginya, masukkan air sebanyak satu atau dua cawan.
adjustlah sendiri yer.
bila dah melegak, masukkan santan,  sekeping asam keping. kacau perlahan2 dan masukkan pulak garam dan aji. kemudian masukkan ketam satu persatu hingga habis semua ketam. masak guna api sederhana dan sesekali balikkan ketam. apabila ketam sudah benar2 masak dan kari sudah naik minyak, padamlah api.

Sambal Kerutup Ikan

BAHAN2NYA:
3 ekor ikan digoreng (Ikan ikut suka)
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas *
2 batang serai *
1 batang bunga kantan (optional) *
segenggam cili kering direbus, tos * (Kalau nak pedas tambah  lagi)
garam, gula - 1-2 sudu kecil, aji
3 sudu air asam jawa

CARA MEMBUAT:
Ikan dibersihkan, bagi garam kunyit dan goreng. blend semua bahan bertanda * kecuali cili kering (blend asing).
tumis bahan2 blend hingga wangi pastu masukkan cili kering yang juga telah dikisar halus.
gorenglah sampai garing dan naik minyak. 
masukkan air asam jawa, garam, aji dan gula. kacau sampai rata.
 kalau dah cukup rasa, masukkan ikan dan golekkan dalam sambal.
perlahankan api. dah siap. rasanya ada masam, manis dan masin.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku