Showing posts with label Roti dan Pizza. Show all posts
Showing posts with label Roti dan Pizza. Show all posts

Doh Pizza

 ‎500gm tepung gandum,1/3cwn air+1 sb yis kering,1/3 minyak,1 cwn susu segar,1 sb susu manis,sedikit garam



  • .mula2 bancuhkan 1/3cwn air(semua kena suhu bilik)+yis kering.
    tekniknya yg penting...bancuh semua bahan kecuali tepung...masukkan tepung sikit2 sambil kirai(gerakkan 5 jari tu)


  • Afidah Watini then masukkan 1/3 cwn minyak dan 1 cwn susu segar,1sb susu pekat manis n sedikit garam...gaul rata.
    1 January at 18:21 · 

  • Afidah Watini last sekali masukkan tepung sedikit2 sambil kirai..bentukkan donat dan goreng setelah naik 2x ganda(dlm masa 40 minit)

roti naik


Roti Naik

by Rohayu Ramli on Tuesday, 8 November 2011 at 11:21
Mamazieza Azizah Hassan
Resipi Roti naik Tok Mak . memang gebus dan sedap..

ROTI NAIK PAHANG......resipi Tok Mak.....
...
1 BIJI TELUR.
2 SUDU BESAR SUSU PEKAT MANIS.
3/4CWN GULA.
2 SUDU KECIL IBU ROTI@MAURIPAN .
2 SUDU BESAR MARJERIN.
1 SUDU KECIL SORTENING.
500 GM TEPUNG GANDUM CAP SAUH.mama guna cap Lily
300 ML AIR ..AIR NI DH DI CAMPUR SEKALI TELUR N SUSU MANIS JADI 300 ML AIR.
1 SUDU BESAR SUSU TEPUNG SEBARANG JER

Mama guna mixer biasa.. tak guna Bread Maker.. 
Masukkan semua bahan2 kecuali marjering dan shortening tu.. 
Uli sehingga agak-agak sebati masukkan majerin dan shortening.
Uli lagi sehingga nampak dia tak melekat di mangkok .. tp melekat juga di jari... hehehe

Bahagi doh pada 30 gm dan bulat2kan atau ikut laa nak buat macam mana pun

doh pizza


by Rohayu Ramli on Saturday, 31 December 2011 at 01:19
  • Afidah Watini ‎500gm tepung gandum,1/3cwn air+1 sb yis kering,1/3 minyak,1 cwn susu segar,1 sb susu manis,sedikit garam
    7 minutes ago · Like


  • Mark as spam
    Afidah Watini tekniknya yg penting...bancuh semua bahan kecuali tepung...masukkan tepung sikit2 sambil kirai(gerakkan 5 jari tu)

Roti Nan


Harleena Kassim bhn2.350 gm tepung gandum4 sdb yogurt3 sdb gula1/2 sk garam3 sdb minyak masak180 air suam (bubuh sikit2)sepaket yis segera (11 gm)1 sk baking powder

Cara:-Masuk semua bhn dan uli hingga tepung tak melekat di tangan.-Rehatkan dalam mangkuk yang disapu sedikit minyak. (nak cepat, letak kat tengah panas). tutup dengan cling wrap. Biarkan naik dua kali ganda.-bila dah naik, tumbuk doh untuk keluarkan angin. Bahagi doh kepada 7-8 bahagian.-bulat2 kan dan salut dengan butter/margerin-rehatkan dalam 30-40 minit atau hingga naik sekali ganda.-ambik satu doh dan gelekkan atas papan pencanai.-Masak atas non stick pan. Terbalikkan bila nampak mengelembung.-Angkat dan sapukan dengan butter. Simpan dalam bekas bertutup.

Roti Campuran Buah2an

roti campuran buah buahan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan2..
500gm tepung roti atau gandingan 400gm tepung roti 100gm tepung gandum
100gm gula castor
... 20gm susu tepung
100 gm campuran buah buahan(simpan sedikit tuk hiasan atas roti)
1st bread improver(optional)
4st yis
1st garam
1biji telur
220gm air sejuk
butter 80gm atau gandingan 40gm butter dan 40gm shortening
1st bread softner (optional)

cara:
gaul sebati bahan kering dan masuk kan air dan telur
uli sebati masukkan butter dan hingga doh licin dan elastik
perap 2x ganda buang angin dan bentuk2kan
perap 2x ganda dan bakar..suhu 175 c..selama 45 minit.. roti ni lina bakar ikut cara lina...20 minit api atas bawah....seterusnya api bawah je...resepi ni lina ambil kat kak liza othman hanya lina tambah kan buah2an campuran je...terima kasih kongsi resepi ni..See more

Roti Hitam

Jom try roti charcoal....tentu ada yg pernah makan roti ni kann..;)
only replace the 20g of flour with bamboo charcoal powder

Here's the recipe for anyone who is up for the black beauty!

... ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Basic Sweet Bread dough
Recipe from Alex Goh "Magic Bread"

A
100g bread flour
70g boiling water

B
300g bread flour
80g plain flour
20g bamboo charcoal powder
80g sugar
6g salt
20g milk powder
9g instant yeast (I used 25g fresh yeast)

C
175g cold water
60g cold egg

D
60g butter

Add boiling water from A into flour, mix until well blended to form a dough. Cover and set aside to cool. Keep it into fridge for at least 12 hrs. Mix B until well blended. Add in C and knead to form rough dough. Add in A and knead till well-blended. Add in D and knead to form elastic doughLet it proof for 40mins. (Just make sure the dough double in size, no matter how long it takes.)Divide the dough into required weight and mould it round. Rest it for 10mins and ready to use.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
See more

Roti Jala

Sya-Hanim Rahman
‎1kg tepung gandum
1 tin susu cair
4-5 tin air(guna tin susu td)
kunyit/pewarna kuning.
3 biji telur
... garam

campur semua hingga sebati dan tapis kalau perlu.
sedia utk di masak

Pizza Gebu

Lunch masak Pizza..TQ to Along Ika..mama tak expert uli doh..mama expert beli bahan jerr..he2..
Buat 3 jenis pizza.doh nya sama ajerr..resepi nya Di sini .
Bahan pizza ni tertakluk pada budjet anda sebenar nya..kalau nk isi banyak ,boleh..pendek kata banyak isi banyak budjet..nk isi banyak ..OK saja..
basic nya isi dia sos tomato puree,cendawan,sayur cili banggala,bawang besar,sausage,sos cili,tomato..dan apa2 lah nk di isi..
bakar kejap ajerr..tapi sya bakar kulit dulu dlm 15 min,keluarkan baru bubuh isi nya.then bakar semula 25 min 180c..
Doh Pizza
3 jenis pizza : tuna,sausage mushroom,sausage ayam


yummmy..

pizza mushroom sausage




pizza tuna






pizza sausage ayam

On de way





full ..





Resepi Roti

Terima Kasih : Sumbangan Ros Jintanmanis and Hubby .

Kalau nk Resepi Roti,Sila Double Klik Resepi Roti,and pilih File Adobe yg ada.and Klik lagi..Mmg agak lambat,tp berbaloi2..

Berbanyak banyak terima kasih kepada Ros dan Hubby yang berikan resepi Roti berupa NoteBook Percuma ni..Moga Anda Berdua diRahmati Allah ..


Inilah contoh cover e-book resepi ros tu
contoh resepi yang dimuatkan.


http://www.jintanmanis.com/muatturun/sejutaakses.zip

Tips membuat Roti

Tips dari Sini.TQVM Ros And Hubby

- Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan
dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan
mempengaruhi hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan
susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira
suam-suam kuku lah, suhunya lebih kurang 30darjah.
 -Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab
teksturnya tidak halus, sebab dari pengalaman, kononnya nak
jimat, bila buat apa pun jenis roti semua tidak menjadi, walaupun
doh tu sudah habis lembut dan elastik

-Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh
dibetulkan, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah,
terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin
tidak boleh lebih, sebab kandungan garam dalam dua bahan-bahan
ini akan mematikan yis.
- Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya,
ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung
gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika,
jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di
dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi kalau yakin boleh terus
letak yis kering dalam adunan.
-Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang
mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim
sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb
doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup
doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih, pastikan doh naik
dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak
tau doh dah cukup diperap ialah apabila doh ditekan dengan jari,
doh tidak akan memantul kembali.
-Tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula
beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang
anda suka dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih
kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm
loyang pembakar.
- Setelah dibentuk kena perap lagi, berhati-hati supaya jangan
terlebih perap, nanti liang-liang roti jadi besar dan roti tidak akan
gebu. Masa perap ni, paling lama pun sejam, yang paling elok
hanya 40 minit, ataupun bila dah naik dua kali ganda, terus boleh
bakar.
-Sebelum bakar, kena gliss dulu kan, untuk mendapatkan
permukaan doh yang berkilat tu, campurkan telur, susu dan
beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar,
jangan gliss terlalu awal, nanti rosak permukaan doh tu,
pastikan bila nak bakar sahaja baru gliss.

Pau Batu Belah

Resepi dan Gambar dari Sini . TQ CMG

  satu  tips, nak cepat kan, on kan oven, letak suhu rendah dalam 40 - 50 darjah celcius macam tu, ikut oven masing lah yea..dan masukkan doh yang dah dibentuk tu untuk 20 - 25 minit, nanti dia naik cepat dan boleh goreng, ni kalau anda buat pagi2 lah, kan cuaca sejuk, tapi kalau buat masa tengah hari mat rasa tak perlu, cuma kalau nak cepat boleh cuba, tapi ingat suhu rendah okey...

P1260609
Mat buat 10 biji saiz sederhana, mat tak terap tapi mat bagi 10, dan bulat2kan setiap satu macam buat bun, susun dalam loyang yang ditaburkan sedikit tepung. Goreng dalam minyak sederhana panas, kalau minyak panas sangat nanti luar hangus, dalam tak masak, jadi kena pandai main dengan suhu minyak tu yeaa, mat goreng sekali 5 biji. Lepas tu boleh lah belah dan sapu dengan sambal tumis dan letak hirisan timun. Haa, kat kampung mat kan ada yang panggil ni "kueh batu belah"...hahha, mamafami kan dia seriau koo nama batu belah...kan mama..ok jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh dan bagi kepada 10 bahagian, mat timbang 45 gram setiap satu, bulat2kan seperti membuat bun, susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap dan biar 40 - 45 minit atau kembang.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Bila sejuk, belah dan letak sambal tumis dan juga hirisan timun. Gunakan pisau bergerigi halus untuk mendapat potongan yang lawa (pisau utk belah roti burger tuuu..)..


Roti Naik

Resepi dan gambar dari Sini . TQ Mat Gebu .

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu...kalau nak tumbuk juga, koo tumbuk tembok simen yeaa!!..hahaha..Ucapan terima kasih pada kak pah JB......dia ni sifu oooo..jgn memain, kita terharu ni kak pah sudi bagi tips...kembang idung ceQ!!!! Di sini

Pizza ( CMG )

Resepi dan Gambar  dari sini . TQ Chef CMG ..


BAHAN DOH :-)
500 g tepung roti
250 ml air suam
10 g yis segera
1 camca besar gula halus
1 camca teh garam halus
4 camca besar mentega
1 camca teh bread softerner
1 camca teh bread improver

BAHAN ISIAN :-)
1 1/2 cawan sos tomato
6 batang sosej ayamas, hiris bulat
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1/2 biji red capsicum
1/2 biji yellow capsicum
1/2 biji green capsicum
10 biji buah zaitun, belah 2 setiap biji
Keju Mozarella secukupnya
1 camca teh lada hitam yang baru dikisar



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan on, tunggu hingga siap.
  2. UNTUK PIZZA :- Panaskan oven pada suhu 200C, lenser dulang pizza dengan sedikit mentega, bagi 2 doh, ambil satu bahagian, bulat2kan dan canai, alih doh ke dalam dulang tadi dan tekan supaya rata dan bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar kosong selama 5 minit. Keluarkan dan sapu dengan sos tomato dan tabur bahan2 inti ikut suka dan akhir sekali tabur parutan keju mozarella dan lada hitam. Bakar kembali selama 20 - 25 minit hingga keju cair dan roti pizza kelihatan kekuningan. Boleh dihidangkan.....

Cream Puff / CMG

Resepi dan Gambar  dari sini . TQ CMG .


BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur, dikacau sebati
1/2 camca teh esen vanilla



BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUL CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

Cream Puff


ahan-Bahan:
Bahan Pastry:
330 gm air
190 gm mentega
secubit garam
240 gm tepung gandum
9 biji telur 
Custard Cream:
55 gm custard powder
2 biji telur
1 tin susu cair - dibahagikan dua
225 ml air
160 gm gula
½ sudu makan mentega
sedikit esen vanilla 
Cara:
Cara-cara untuk membuat pastry:
1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar.
Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil.
Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.

Cara-cara untuk membuat custard cream:

Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair.
Tapis dan ketepikan.
Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.
Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat.
Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla.
Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi. 

Puding Roti


Roti banyak lebih,dah hampir expired date,so buat larr something

Puding Roti

Bahan :

5 keping roti
kismis
susu segar / susu cair
gula perang / gula biasa - guna gula perang lebih aroma
masak : 200 Darjah / 40 minit


TQ ,Ngoh atas resepi ala2 Ganazz..

Roti Kentang / Potato Bread

Resepi dan Gambar dari  sini ..TK CMG ..
BAHANNYA:

135ml air sejuk dlm peti ais
¾ sudu teh garam
½ biji telur (pukul telor dan bagi dua. separuh lagi buat sapu atas roti)
60g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu. angaran ¾ biji)
300gm tepung roti (hi protein flour)
¾ sudu besar susu tepung
60gm gula halus
2 sudu teh yis
½ sudu bread improver
½ sudu teh bread softerner
30 gm butter

BAHAN KASTAD:
¾ cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh mentega
½ sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
  5. mereka yang guna BM, keluarkan doh selepas diuli selama 1½ jam dalam BM, keluarkan dalam besen aluminum atau yg sewaktu dengannya dan tumbuk keluar anginnya. biarkan seketika dan lepas itu, buatlah bulat dan sususan atas tray. biarkan hingga jadi dua kali ganda. kemudian sapu egg wash dan hias ngan kastad cream. bakarlah lepas itu hingga masak.
Share dari : Cik Mat Gebu 

Roti Oat Jagung Manis

Roti Oat Jagung Manis Hokkaido
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

*Untuk Doh*

250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
3 sudu besar gula
30gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
160ml susu segar suam @ air suam
6gram yis
40gram Oat ( ros guna jenama quaker oat)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 sudu kecil bread improver ( x letak pun takpe atau boleh diganti dengan water roux)
4 sudu besar sweet cream corn ( ros guna sweet corn dari Hokkaido)

* Untuk Gliss* -baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar dan sedikit sos kastard.

resepi water roux

25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux :

masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. 

Roti John

1oog daging kisar,
1 biji bwg besar2 biji telur
1/2 sdt lada slah
2 sdm sos tomato
2 sdm sos cili
2 sdm mayo
1/2 biji tomatotimuntumis bwg bsr,

Cara :
masakkan dging.biar sdikit kring.msukan gram,lada slh,.ketepikan.pecahkan tlr,msukkan inti dging..
panaskan kuali lper,taruk sdikit minyk,tekup rti yg di blh 2,isikan tlur tdi di atsnya.Bakar...

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku