Showing posts with label Sambal. Show all posts
Showing posts with label Sambal. Show all posts

Sambal Paste and tips

Zuliana Zainal Abidin
Resepi :
bt mcm sambal tumis biasa saja.... tumis cili kering blend dgn bwg putih, bwg merah smp garing... ikut kuantiti sambal yg kita nak... kalu nak bt 1 kuali besar tu, 1 pek cili boh yg besar tu... bwg putih 10 labu bend dulu... bwg merah (kalu nak cepat bwg besar jer) 1 plastik yg siap pek di blend dulu... dah garing, msk asam jawa.. garam & gula secukupnya...
Tips yg mak zulie bt di dapur.... Bt sambal tumis kosong yg pekat byk2... dlm 1 kuali besar.... lps tu pek dlm plastik kecil2, ikat kemas2... simpan dlm freezer... sedia utk digunakan bila2 masa sbg tumisan... blh guna utk sambal nasi lemak.... utk sambal tumis ikan, ayam, udang, sotong..... blh guna utk ayam masak merah... blh guna utk asam pedas... blh guna utk bt nasi goreng, bihun goreng.. or guna utk apa2 saja... just add air & bahan2 lain yg bersesuaian dgn hidangan yg hendak dibt... sgt senang & cepat bila diperlukan....
kalu bt masak asam pedas pun senang... msk kan dlm periuk... tambah asam, daun kesum.... bunga kantan, garam... ikan... siap....
kalu bt dlm 1 container, ssh la nak ambik.. sbb sambal tu kan beku... kena tgg lak sambal tu defrost dulu pula... hehehe... bt kecik2 senang.... tiap kali nak masak, ambik 1.. beku pun takpa, terus masuk periuk or kuali...... tambah air panas sikit.. buka api... sambal cair.... pastu tambah la bahan2 yg lain.... contoh kalau nak bt ayam masak merah... just tambah tomato puri or tomato sos... bwg besar hiris & kacang peas.... senang sgt kan... kalu nak bt nasi goreng.. pas sambal cair, masukkan isi ayam ke, isi daging... masuk nasi & sayur sayuran... siap... cepat & senang...

Sambal Bilis Kering

Hasliza Ahmat Indar
respi saya camni :
1 / bwg merah, cili kering / cili api ditumbuk bersama garam dan sdkit gula (agak2la ikut msn dan mnsnya). slps tu bila dah agak lumat brlah dimasukkan ikan bilis td dan ditumbuk skali. kemudian brlah digoreng sekali dgn api yg sedrhana kcil dan dikacau selalu agar rata msknya serta garing.
2 /  yg dlm gambr tu dia gorg ikan bilis tu sampai garing. kalo nak wat yg cam2 pun ble gak. grg garing ikan bilis tu. asingkan. sementara tu msk sambal hingga garing. tunggu sejuk ckit pas2 br mskkan ikan bilis tu. insyaAllah... ikan bilis tu rangop rasanya... cuba la...
/
 yg prnh saya buat. simple je. bwn merah, cili kering/cili api (ikut suka), sdkit garam+gula. ditumbuk skali. pas2 agak2 dah lumat semua tu mskkn ikan bilis dan tumbuk skali. msk dgn api sederhana kecil. slalula kacau ye. ni mmg respi dr arwah wan saya

Sambal Tempe

Resepi dan Gambar dari sini .TQ Tuan CMG ..

BAHAN-BAHANNNYA :-)
4 keping tempe (mat guna jenis yang bungkus dengan daun)
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 genggam kacang tanah
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 cawan jus asam jawa @ 3 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis dan kacang tanah tadi, digoreng garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa atau cuka. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).
  3. Bila pekat, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah tadi, gaul hingga rata. Biar kering sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Sambal Belacan Tumis


Sambal Belacan Tumis 8.00 
Kiriman: SHR, Brunei 
Sumber: sendiri 
Hits: 190 Rating: 8.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
cili hidup 9 batang (dipatah kasar)
cili padi 5 biji (tambah jika suka)
belacan 1 sudu makan (kurangkan pun boleh)
assam jawa 1 ½sudu mkn (rendam air dan buang biji)
bwg putih 7 ulas (buang kulit sahaja jgn dihiris)
minyak masak
garam/gula/bahan perasa
Cara:
tumiskan bwg putih sehingga kecoklatan dengan api yang sederhana. kemudian masukkan kedua dua jenis cili. tumis sehingga lembut. kemudian masukkan air pati assam jawa dan belacan tadi.gaul sehingga sebati. masukkan gula dan bahan perasa lain. lagi lama keluar minyak lagi sedap dan tahan. Setelah disejukkan sekejap, bahan tadi dimesin tapi jangan terlampau hancur. kasar sedikit tidak mengapa. Boleh campur air putih masak sedikit jika pekat. lada yang telah dimesin dipanaskan sekali lagi diatas api. gaul dan tambah minyak jika perlu dan tambah bahan perasa yang kurang.
Cadangan Hidangan:
sambal belacan ini sedap dimakan bersama timun dan ulam lain. makan sama nasi putih sahaja bersama ikan kering pun sedap. lagi pedas lagi terangkat.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku