Showing posts with label Ayam dan Daging Panggang. Show all posts
Showing posts with label Ayam dan Daging Panggang. Show all posts

Ayam Halia Berlada

Ayam Halia Berlado...


By : Dee Hamini Halim Shariff

Kenkawan budiman....seperti yag dijanji, ni resepi ayam halia berlado (resepi nenek moyang dan mok i turunkan kat kami adik beradik kalau dalam pantang).

A. Sekor ayam digoreng (biasanya ayam kampung sobab oghang dlm pantang takleh makan ayam enjek..kang gegata lak kang tompek jait tu..(jgn garing sgt nanti keras)

B. Halia dihiris keping2..sebesar daun duit2yang memanjek kat pokok kelapo...terpulang nak banyak mana..agak2 la agar dia terasa dan digoreng garing...(goreng halia dulu dan baru goreng ayam supaya ayam tu ada rasa halia tu)...

C. Serai dihiris dan diblend (5 batang), bawang merah, asam keping 3 keping (jgn guna asam jawa nanti sambal tu jgn benyek..tak kering..bubuh lada hitam kisar, garam
gula skit jer..

gunakan minyak goreng halia dan ayam tadi untuk buat berladonyer...goreng sampai garing (macam kita tumis sambal tumis)..masukkan serai dan lado hitam tu diikuti asam koping, gula dan garam diikuti garam..

padamkan api, masukkan ayam dan digaul2kan dan kemudian masukkan halia goreng tu digaul2kan gak sampai mesra...sedia unt dihidang....

hehehe..selamat mencuba...dari DAPUR DEN, TOKAK DEN..... minggu dopan resepi gondang itik resepi omak den jugak..(dedulu ramai opis mate kalau cakap pasal itik sumo goli, sekarang kalau den balik kampung sume posan itik untuk digondangkan...dulu den kalau balaik ITM omak selalu boka lauk ni unt stok sari dua..skrg kakak2 den boka kan unt anak2 aee yang balik U..turun menurun la kan an....sok den cuti, nak bawak omak den jenjalan gi Bandung..beli minan, dule-dule, sekim..dan bawak boka ayam halio berlado ni sekali ngan nasi impit sobab omak den tak tahan lapar (banyak cacing)... jumpo mggu dopan yea....

Ayam goreng ala KR


Ayam Goreng ala Kenny Rogers

by Rohayu Ramli on Friday, 16 December 2011 at 13:07
Bahan-bahan ( Ayam saiz besar (8-10 orang) )
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
  6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.

Chicken Chop Menu Set

By Noor Husin and Siti Khalijah Yusof · Last edited 9 hours ago · Edit Doc
Ini resepi chicken chop...saya belajar drpd chef Bob...mmg sedap. Sejak dpt resepi ni...kami tak makan lg chicken chop kat kedai sebab anak-anak lebih suka yang dibuat sendiri...cubalah.

CHICKEN CHOP
Ayam (whole leg – dibuang tulang)
Garam
White pepper
Serbuk paprika
Tabur serbuk lada, garam dan paprika pada ayam, gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 30 minit,
MUSHROOM SAUCE
Buat stock brown (1/2 cawan demi glaze campur 1 liter air- didihkan sehingga tinggal
500ml – kacau selalu))
2 labu bawang besar – dicencang
1 tin button mushroom – dihiris
50 gm butter
2 helai bay leaf
Roux – 50 gm butter ] panaskan butter, masukkan tepung, kacau sebentar.
50 gm tepung gandum ]
garam
white pepper
2-3 sudu double cream
Cara-caranya:
Cairkan butter, masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Masukkan mushroom dan kacau hingga layu. Masukkan stock brown, apabila mendidih, masukkan roux, garam, white pepper dan daun bay. Biar sekejap, tutup api dan masukkan double cream.
MASHED POTATO
2 kg kentang
1 kotak kecil/1 cwn double cream
Garam
White pepper
50 gm butter.
Cara-caranya :
Rebus kentang hingga empuk. Toskan dan masukkan double cream, garam, white pepper dan butter – hancurkan hingga sebati atau blend.
COLESLAW
Carrot dan kobis - carrot separuh daripada kobis – dicencang dan masukkan ke dalam peti ais sebentar
masukkan garam, white pepper, gula dan mayonis

Grilled Chicken

Zawiah Mohd Daud
Grilled chicken

Ayam dipotong dua atau empat
Jintan manis
Garam sikit saja
Bawang putih
Lada hitam
Semua ni ditumbuk halus
Masukkan gula, serbuk cili paprika
Minyak bijan

Semasa hendak membakar, cucurkan sikit olive oil agar ayam tidak terlalu kering

Perap lebih kurang 4 jam , lagi elok semalaman

Ayam Kalasan



Bahan:-
  • 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
  • garam secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan kelapa parut
  • Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
  • 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
  2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
  4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
  5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.


Nota: 

Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!

Baked Chicken with Honey Lemon and Rosemary


BAHAN2NYA
½ ekor ayam
1½ sudu kecik rosemary kering (kalau dpt fresh mesti sedap)
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu lebah
2 sudu besar minyak zaiton (minyak apapun boleh kot)
1 biji lemon
garam secukup rasa

CARA:
Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering. sagat kulit lemon (kuning jer. jangan sampai putih nanti pahit) dan ketepikan. perah air lemon ke dalam mangkuk. tumbuk kasar lada hitam, ramas rosemary dan campur. pastu masukkan dalam mangkuk yang ada jus lemon tadi. campurkan minyak, madu dan garam. lumurkan ke seluruh ayam yang telah dicucuk2 manja dengan garfu. akhir sekali lumurkan dengan kulit lemon. perapkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya dua jam. kalau lebih lama lagi elok. bungkus ayam yang telah diperap dalam alluminium foil kemas-kemas. pastu bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selama sejam. selepas itu, keluarkan dari foil dan bakar lagi selama 10 minit supaya nampak garing. kalau ayam itu besar dan berisi, tambahlah masa memasak sehingga puas hati. makanlah dengan sos cili. hidangkan bersama baked potato skins. 

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku