Ayam Kalasan



Bahan:-
  • 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
  • garam secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan kelapa parut
  • Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
  • 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
  2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
  4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
  5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.


Nota: 

Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku