Baked Chicken with Honey Lemon and Rosemary


BAHAN2NYA
½ ekor ayam
1½ sudu kecik rosemary kering (kalau dpt fresh mesti sedap)
2 sudu besar lada hitam biji (ditumbuk kasar)
2 sudu besar madu lebah
2 sudu besar minyak zaiton (minyak apapun boleh kot)
1 biji lemon
garam secukup rasa

CARA:
Bersihkan ayam dan lap dengan tisu towel hingga kering. sagat kulit lemon (kuning jer. jangan sampai putih nanti pahit) dan ketepikan. perah air lemon ke dalam mangkuk. tumbuk kasar lada hitam, ramas rosemary dan campur. pastu masukkan dalam mangkuk yang ada jus lemon tadi. campurkan minyak, madu dan garam. lumurkan ke seluruh ayam yang telah dicucuk2 manja dengan garfu. akhir sekali lumurkan dengan kulit lemon. perapkan dalam peti ais selama sekurang-kurangnya dua jam. kalau lebih lama lagi elok. bungkus ayam yang telah diperap dalam alluminium foil kemas-kemas. pastu bakar dalam oven bersuhu 200 darjah selama sejam. selepas itu, keluarkan dari foil dan bakar lagi selama 10 minit supaya nampak garing. kalau ayam itu besar dan berisi, tambahlah masa memasak sehingga puas hati. makanlah dengan sos cili. hidangkan bersama baked potato skins. 

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku