Apam Pisang Berangan


Resepi Dari Sini .TQVM RosJintan Manis
Assalammualaikum WBT dan selapat pagi semua, semalam petang ros menyiapkan 50 pcs tepung pelita dan 50 pcs apam pisang berangan, untuk dibawakan ke Masjid ade program bacaan Yasin beramai-ramai. Ros decided buat dua kuih ni sebabnya tak perlu banyak step nak buat dan memerlukan masa yang singkat, Alhamdulillah dapat disiapkan tepat pada waktunya. Resepi apam pisang berangan ni yang biasa je, dan resepi tepung pelita pun pernah ros letak dah, kalau berkenan, nanti ade masa boleh cuba ya. Adunan yang ros buat menghasilkan kuantiti apam yang agak banyak juga, nak buat separuh adunan pun boleh.
Apam Pisang Berangan
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.comBahan-Bahannya
3 cawan tepung gandum ( di ayak bersama soda bikarbonat dan baking powder)
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3/4 cawan gula
5 biji pisang berangan yang sudah ranum dilecek dengan secubit garam
3/4 cawan susu segar@ santan
beberapa titik esen vanila

Cara-caranya

1. Lecek pisang berangan besama secubit garam hingga hancur, selepas itu dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek tadi, minyak masak dan esen vanila, pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang seli dengan susu segar, kacau sebati.
3. Panaskan kukusan, pastikan acuan di sapu dahulu dengan sedikit minyak, sudukan adunan apam pisang tadi di dalam acuan,  dan kukus selama 10 minit, letakkan aduna 3/4 bahagian acuan untuk memastikan apam pisang naik cantik apabila siap dikukus nanti. Selamat Mengukus. : )

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku