Meehoon Siam

buat telor dadar bodoh nipis2 dan hiris halus2 dan tabur sebagai hiasan. jenis kering.

BAHAN2NYA:
½ peket mihun beras
sedikit daging (rebus dan potong kecik2)
udang (suka hatilah nak letak banyak mana)
cili kering (ikut suka kepedasan)        - A
2 biji bawang besar yg tak berapa besar  -  A
4 ulas bawang putih   - A
2 sudu besar udang kering (dicuci & toskan)        -  A
1 sudu besar tauchu      - A
minyak untuk menumis
limau kasturi
daun sop/daun bawang/bawang goreng

CARA MEMBUATNYA:
Mihun direndam. buatlah telor dadar bodoh dan hiris halus. tepikan.
kisar bawang, bawang putih, cili kering (yg telah direndam), udang kering dan tauchu dengan sedikit air hingga halus.
kemudian panaskan minyak untuk menumis. bila sudah panas. tumis Bahan A sampai garing.
kalau guna daging rebus, masukkan ketika sudah garing. kalau tidak, masukkan dari awal. bila sudah garing, masukkan udang basah dan sawi dan besarkan api. goreng pantas dan masukkan mihun dan sedikit air.
perlahankan api dan kacau sekerap mungkin sehingga mihun masak. rasalah. kalau kurang masin, tambahlah sos ikan atau garam. hati2 kerana udang kering dan tauchu sudah cukup masinnya.
hidangkan dengan menabur daun sop/daun bawang/bawang goreng serta telor dadar. juga perahkan sedikit limau kasturi.

 kuahnya : semasa menumis bahan A tadi, bila ia sudah jadi garing, keluarkan sedikit.  bubuh sedikit gula dan air asam jawa dan masak berasingan. bila nak hidang, curahkan keatas mihun tadi. 

(bila time rajin...buat rencah mi siam ni banyak2. pastu tumis cam biase tapi tak letak dulu daging or udang. keluarkan dan simpan dalam botol iaitu setelah sejuk dalam peti ais. bila tiba hari teringin nak makan, keluarkan dan tumis guna sedikit minyak dan sambunglah memasak mihun siam. 

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku