Mee Udang



Resepi dan gambar dari Sini

Bahan-Bahan
  • 2 paket mee kuning - dicelur
  • 1/2 kilo udang - asingkan kulit dan kepala
  • 1/2 ekor ayam
Bahan-Bahan Untuk Dikisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 - 10 tangkai cili kering
Cara Penyediaan:
  1. Rebus ayam dengan 10 cawan air selama 30 minit. Angkat biarkan sejuk dan asingkan isi ayam. Tulang ayam simpan dulu.
  2. Kulit dan kepala udang digoreng hingga kekuningan/caramelised. Masukkan dalam air rebusan ayam dan rebus untuk 15 minit atau lebih.
  3. Keluarkan kulit dan kepala udang dari air rebusan dan masukkan tulang ayam dan teruskan merebus. Kulit dan kepala udang dikisar dengan 1 -2 cawan air dan masukkan dalam air rebusan.
  4. Guna minyak yang goreng kulit udang tadi untuk menumis bahan-bahan yang dikisar. Tumis hingga keluar minyak dan ada bau sikit kemudian tuangkan dalam air rebusan.
  5. Masukkan udang yang dah tak berkulit. Imbang rasa kuah dengan garam dan gula/perasa. Jika ingin sedikit pekat boleh tambah 2 sudu besar tepung jagung. Tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan dengan sawi/kangkung, taugeh yang dicelur, tauhu goreng, telur rebus, daun sup dan daun bawang, cili potong dan bawang goreng.

Roti Naik

Resepi dan gambar dari Sini . TQ Mat Gebu .

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu...kalau nak tumbuk juga, koo tumbuk tembok simen yeaa!!..hahaha..Ucapan terima kasih pada kak pah JB......dia ni sifu oooo..jgn memain, kita terharu ni kak pah sudi bagi tips...kembang idung ceQ!!!! Di sini

Bulan Terang


Kalau dulu2,bulan terang pada pertengahan bulan..sekarang ni dah lewat...25-30 hb baru Bulan Terang.
Tapi cantik nya masih seperti dulu..


Rakan Kebun Kita


Hasil terbaru tanaman .Suka2..
25.2.2011
HAPPY ANNIVERSARY TO ME AND ABANG..


Sambutan Maulud Rasul Balai P11








 Kehadiran Tuan OCPD A.Razak
 Sessi akhir...membungkus untuk warga kerja..terima kasih kepada semua kawan2..

Wargakerja Sambutan Maulud Rasul Balai P11

Sambutan Maulud Rasul Peringkat Balai Polis Presint 11.
Makan Pagi,Tengahari dan Makan Malam.
Pagi : Mee Goreng,Lunch Lauk Kampung,Malam Nasi Ayam


Terima Kasih kepada kawan2 yg terlibat .Anda Menambahkan pengalaman saya.





Ketua Chef Puan Salmah..TQ banyak Puan..makanan sedap..

22 Feb 2011

ari ni masak nasi paprik,goreng ikan,goreng telur ikan,sambal belacan,sayur labu air,pengat labu dan dah lama tak makan asam boi + asam limau..



Apam Labu

 Resepi dan Gambar dari Sini .TQ Kak Ummi


APAM LABU
Adaptasi dari: Apam Keledek di sini

Bahan A:-

  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu teh yis segera
  • 1 sudu teh gula kastor
  • 3 sudu makan air suam
Bahan B:-
  • 240 gm labu (dikukus/rebus)
  • 150 gm gula kastor
  • 1 biji telor
  • 150 ml santan pekat
Bahan C:- (ayak bersama)
  • 200 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh Double Action Baking Powder
Cara Membuat:-
  1. Campurkan bahan-bahan A dan kacau hingga sebati.
  2. Kemudian biarkan adunan selama 5 - 10 minit.
  3. Kemudian campurkan semua bahan-bahan B dan kisar halus. Tuangkan ke dalam mangkuk adunan.
  4. Masukkan bahan C ke dalam adunan B yang dikisar sedikit-demi sedikit dan kacau rata.
  5. Masukkan pula bahan-bahan A tadi dan kacau hingga sebati. Biarkan adunan sehingga 1 jam (*akak tutup mangkuk adunan).
  6. Panaskan kukusan dan bolehlah dituangkan adunan tadi ke dalam loyang besar atau acuan-acuan kecil yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukuslah hingga masak (*akak guna acuan kecil dan kukus selama 15 - 18 minit).
  7. Hidangkan bersama kelapa muda parut yang digaul dengan sedikit garam dan kukus kelapa sebentar agar kelapa tidak mudah basi.
Nota: 
Kalau nak apam yang merekah/mekar, sila gunakan acuan kertas yang diletakkan ke dalam acuan lubang2 besi (seperti gambar di atas). Jika menggunakan acuan lompang, apam akan naik biasa saja dan x merekah sangat....lihat perbezaan gambar di bawah.

Maulud Nabi Polis Putrajaya

Sambutan Maulud Nabi di adakan pada 18 Feb 2011,di balai polis Presint 7..











Apam Beras


Resepi Dari Sini ..TQ Cha.

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula
  • 2 1/2 cwn air
  • 1 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. blend nasi dan air sehingga hancur.
  2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. perap selama 3 jam.
  6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..

18 Feb 2011 / Layang2 AQ


hari ni Qayyum ,dah berjaya melayangkan layang2 yg dia buat sendiri,dgn pertolongan abang2 balai..TQ..
mmg selalu nya kalau AQ nak sesuatu,kami suka biar dia buat sendiri..alhamdulillah dia berjaya..setelah menghabiskan alat2 spt plastik sampah,benang,selotape,sampah selama beberapa hari..


Kek Coklat Lembab




Resepi dan Gambar dari sini ..TQ Puan Ummi
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cawan gula castor
  • 2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B(akak guna gred A)
Topping:
  • 250 gm cooking chocolate
  • 3 sudu besar susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sudu besar margerin atau butter
Cara-Cara Untuk Kek:-

  1. Ayak tepung dengan serbuk koko. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya. Pukul sederhana laju.
  4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
  5. Masukkan esen vanilla.
  6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
  7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.(akak guna loyang 81/2 x 81/2 in)
  8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.
Cara-Cara (Untuk Topping):
  1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
  2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
  3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.

Sambal Tempe

Resepi dan Gambar dari sini .TQ Tuan CMG ..

BAHAN-BAHANNNYA :-)
4 keping tempe (mat guna jenis yang bungkus dengan daun)
1 genggam ikan bilis, cuci dan toskan
1 genggam kacang tanah
1 cawan cili kisar
2 ulas bawang putih
1/4 cawan jus asam jawa @ 3 camca besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tempe dihiris nipis, gaul dengan sedikit garam dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Begitu juga ikan bilis dan kacang tanah tadi, digoreng garing. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa atau cuka. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa (gula lebih sikit).
  3. Bila pekat, masukkan tempe, ikan bilis dan kacang tanah tadi, gaul hingga rata. Biar kering sekejap dan boleh matikan api. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...

Pengat / Bubur Labu

Resepi dan Gambar dari sini .TQ CMG .


BAHAN-BAHANNYA :-)
300 gram labu manis, didadu sederhana besar
1 genggam bubur cha-cha, cuci dan rebus hingga lembut, toskan
1 camca besar sago biji, cuci dan toskan
1/2 cawan santan pekat
Gula secukup rasa (yang ni agak2 lahh yeaa)
Secubit garam
1 helai daun pandan, disimpul
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Rebus labu dengan daun pandan hingga 1/2 empuk, masukkan bubur cha-cha dan sago tadi, masak hingga biji sago kembang. Masukkan gula secukup rasa dan secubit garam, kacau perlahan.
  2. Tuang santan pekat, kacau perlahan dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas atau pun sejuk....
Done on 16 feb 11.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku