BAHAN2NYA:
1 peket kacang dhal; (300gms)
2 cili hijau atau cili api ikut suka
1 labu bawang besar
1 sudu kecik jintan manis
garam
daun kari
CARANYA:
kacang dhal direndam sebelum tidur. pastu esoknya dicuci dan toskan airnya. kemudian ¾ daripada kacang dhal itu dimasukkan ke dalam blender, bubuh air cucukp2 jer untuk gerakkan blender dan trrrrrr sampai halus. pastu keluarkan dalam bekas dan campurkan ¼ baki kacang dhal tadi. bubuhlah garam dan aji kalau suka serta bawang besar yang telah dicincang. jangan lupa masukkan juga 1 sudu kecik jintan manis dan daun kari yang telah diracik, kalau ada. gaul rata. pastu masukkan cili. kalau cili hijau atau cili api yang telah dibelah. cili ijau ricik. rasa garam. kemudian panaskan minyak. basakan jari jemari dan bentuk2 bulat dan leperkan dan masukkan ke dalam minyak. api biar sederhana untuk dapat hasil gorengan yang ranggup.