Scrambble Eggs

crambled eggs ni sedap makan begitu aja atau buat sandwich pun sedap. kalau buat sandwich, lapiskan dengan timun yang telah dihiris nipis2. senang buat tapi api tak leh besar sebab kalau besar, hasilnya akan jadi keras dan kering. bukanlah tak leh makan tapi kurang sedap.

BAHAN2NYA:
3 biji telor ayam
setengah cawan susu segar (optional)
sedikit garam
sedikit lada hitam
butter

CARA MEMBUATNYA:
Pecahkan telor dalam mangkuk, pastu masukkan susu. ada orang tak suka bubuh. buat ikut ada stok susu. kalau tak de, taklah bubuh. sama jer rasanya. masukkan sedikit garam dan lada hitam, pastu pukul cam nak buat telor dadar. panaskan kuali. bubuh satu sudu besar butter atau marjerin atau minyak. bila butter atau marjerin dah cair sikit, cepat2 masukkan telor, pelankan api dan kacaulah pantas pantas sampai telor bergentel. jangan tunggu sampai kering. biarlah lembab2 manja gitu. padam api dan terus pindahkan ke pinggan.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku