Mee Udang Banjir

*MEE UDANG BANJIR KUALA SEPETANG*
(recipe ni sya dpt dr surat kbr..tp x ingat srt kbr bile..yg pasti dr Metro Ahad..)
Resepi Dari Chef Mariana .TQ

BHN2 ( hidangan utk seorg)
¤ mee kuning
¤ 6~8 ekor udang (saiz XXL)
¤ 2 sb lada kisar
¤ 2 bj bwg putih > kisar halus
¤ 6 sb sos tomato
¤ sawi
¤ 1 1/2 cwn air
¤ garam
¤ gula
¤ daun sup
¤ bawang goreng

CARANYA
¤ tumis bwg putih d tumis dg sdkt minyak > wangi
¤ masukkan lada kisar > pecah minyak
¤ masukkan air, sos tomato > mendidih
¤ masukkan mee, udang, sawi, gula & garam > biarkn msk sebentar
¤ tutup api
¤ hidang bsama daun sup & bwg goreng

Kek Coklat Moist


  • 1 cwn tepung gandum

  • 1 cwn susu cair

  • 1cwn serbuk koko

  • 1 cawan susu pekat

  • 1 cawan gula halus 

  • sedikit baking powder - 1 sd kecil

  • sedikit soda bikabonat - 1 sd kecil

  • 1 sudu esen vanilla

  • 1 cwn minyak

  • 4 biji telor

  • pukul telur ngan gula halus..hingga kembang...pas tu masukkan semua bahan yg tinggal td..kacau hingga adunan betul-betul sebati dan tak berketul2..rasa2 dah ok semua..panaskan kukus..sebelum tuang adunan dlm loyang,sapu skit planta dlm loyang tu..supaya x melekat..pas tu blhlah kukus..tunggu sampai masak...

  • Rendang Negeri 9

    Rendang N9
    Resepi Dari Kak Ena .TQ kak..
    1 ekor Ayam 4 Bj - kelapa
    10 btg - Serai - Ketuk
    1 inci - Kunyit - blend
    1 keping - Asam keping
    garam
    Daun Puding - kalau ada / tak ada pon OK

    cara :
    masak ayam + kunyit + serai - hingga kering air
    masuk asam keping
    masukkan santan kelapa
    tambah garam secukup rasa.

    Tips : kuah boleh dikeringkan lagi dan kalau tak cukup kuning kunyit,cuba tambah kunyit serbuk,agar lebih cantik warnanya..

    Talam Tokyo

    Lapisan Bawah. (1)
    1 Cawan sagu biji - direndam
    1 Cawan bihun - direndam
    ...1 Cawan kelapa parut (ambil putihnya)
    Secubit garam

    Lapisan Atas. (2)
    1 Cawan tepung gandum
    2 1/2 Cawan santan pekat
    2 Biji telur ayam
    2/4 Cawan gula pasir
    2 Sudu makan tepung kastard
    Sedikit pewarna merah

    Cara membuatnya:

    i) Gaul kesemua bahan 1 sehingga sebati, masukkan kedalam loyang dan kukus hingga masak
    ii) Gaul sebati bahan 2 dan masukkan pewarna merah
    iii)Tuang bahan 2 keatas bahan 1 dan kukuslah sehingga elok masaknya.

    *Bahan 2 di blender.

    Talam Keladi

    Resepi : Puan Paridah Aman

    Bahan bahannya;
    Utk Lapisan Atas:
    300 ml santan pekat (akak guna santan pekat yg Rm2.50 yg jual dipasar)
    2 cwn air
    1 cwn gula pasir
    1 cwn + 3 sdu makan tpg gandum.
    1 sdu kecil perasa keladi
    3 biji telur
    sedikit pewrna ungu
    sedikit garam
    Caranya:
    1. Santan,gula, air,perasa keladi,pewrna ungu dan garam disatukan.
    2. Bila dah sebati panaskan atas dapur sampai ia mendidih sekejap je.
    3. sejukkan sebentar @ suam2 je.
    4. Kemudian masukan tpg gandum kacau sebati.
    5. bila dah sebati baru masukan telur sebiji sebiji.
    6. Tapis supaya x bergentel.ketepikan
    7. Panaskan kukus.
    Utk lapisan bawah:
    2 cwn tpg beras + 2 sdu makan tpg gandum.
    4 cwn santan cair (diambil lebih krg 1/2 cwn dari santan yg rm2.50 tadi jadikan 4 cwn)
    1 cwn keladi minyak (dipotong dadu) nak lebih pun boleh ,garam ikut rasa.
    caranya:
    1. Keladi dipotong dadu dan direbus sampai empuk sikit angkat toskan
    2. tpg  disatukan ngan santan dan garam kacau hingga sebati.
    3. sentasa kacau atas dapur sehingga likat dan berkilat baru masukkan keladi yg sudah direbus.
    4. Sediakan loyang 10 x10 di lumur minyak dialas plastik. ratakan adunan tpg yg dah dimasak didlm loyang.
    Bila kukus dah mendidih masukkan lapisan bwh selama 5 minit,lepas tu masukkan yg atas selama 30 minit. Api biar besar sikit supaya atasnya x lembik,jgn lupa tudung kukus dbalut ngan kain.

    Puding Roti


    Bahan A
    2 cawan susu segar
    8 keping Roti
    Bahan B
    4 sd makan gula halus
    2 sd makan mentega
    3-4 biji telur
    1 sd teh esen vanilla
    1 sd makan tpg jagung
    Bahan C
    2 sd makan kismis

    ** Bahan D (sos kastad) (Optional / tak buat pun boleh)
    1 tins susu cair
    2 sd makan Tpg Kastad
    2 sd makan gula

    Cara
    1  - hancurkan atau koyakkan Roti (sya lebih suka koyakkan) dan rendam dlm susu dlm 30 minit,
    2 - kacau dan gaul rata bahan B bersama Bahan A
    3 - masukkan kismis dlm loyang
    4 - bakar suhu 180 - 30-45 min atau hingga masak

    Bahan D
    gaul dan masak dgn api sederhana
    tuang sos atas puding masa hidang

    Tips utk Rangupkan Biskut

    Untuk merangupkan biskut
    (1) tambah 1 camca teh emplex ke dalam adunan yg menggunakan purata 450-500 gm tepung atau kombinasi beberapa jenis tepung.
    (2) biskut yg mengandungi serbuk kacang memang sepatutnya rangup semulajadi.
    (3) biskut yg mempunyai campuran tepung jagung, tepung kastard dan/atau tepung beras juga rangup semulajadi.
    (4) bakar biskut pada suhu 175-180 C. Mula membakar memanglah lama sedikit sebab oven tak panas sempurna. Bila dah bakar 2-3 dulang, akan bertambah cepat masa membakar.
    (5) pastikan biskut dibiar sejuk atas redai. Jika tidak, wap air akan terperangkap antara biskut dgn dulang yg panas.
    (6) kurangkan mentega, tambah sama banyak sukatannya dengan lemak sayuran (vegetable shortening).

    Supaya tahan lama
    (1) lapik atau alas setiap lapisan biskut yg hendak disimpan dgn kertas kalis minyak.
    (2) taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan biskut.
    (3) letak paket kecil 'Silica Gel' untuk menyerap kelembapan di dalam bekas biskut.
    (4) gunakan penyepit atau tangan bersih bila mengalihkan biskut ke dalam bekasnya untuk disimpan.
    (5) jangan dibakar pada suhu tinggi. Jika biskut masak terlalu cepat, bahagian dalamnya mungkin masih belum masak elok.
    (6) memasukkan bahan pengawet seperti sodium benzoate ke dalam adunan biskut (namun saya tak galakkan sangat kerana khuatir kesan jangka panjangnya...)

    Lepat Pisang

    TQ kak Hanieliza K
    Bahan

    2 cawan pisang emas/berangan/montel lecek
    ... 1 cawan tepung gandum
    2 s/b tepung susu
    2 s/b gula
    garam
    daun pisang [layukan daun dan potong saiz 6 inci X 6 inci]

    Cara
    1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.
    2. Letakkan dalam sesudu diatas daun pisang. Lipatkan.
    3. Kukuskan selama 15 minit.
    4. Sejukkan dan hidangkan.

    Kuih Kaswi

    KUIH KASWI (TEPUNG KAPUR)
    TQ Kak Rina

    BAHAN-BAHAN (TANPA GULA PASIR-TAK MANIS KUIH NI)

    ...4 CAWAN AIR
    2 CAWAN TEPUNG GANDUM
    1 CAWAN TEPUNG UBI
    1 CAWAN GULA MERAH
    1 SUDU BESAR AIR KAPUR

    CARA-CARA


    CAMPURKAN SEMUA BHN DAN BLANDER
    TAPIS ADUNAN TU
    PANASKAN KUKUSAN
    SAPU ACUAN DGN MINYAK
    ISI ADUNAN DLM ACUAN
    KUKUS SELAMA 10-15 MINIT(SEHINGGA MASAK)
    BILA DAH SEJUK,BARU DIKELUARKAN DARI ACUAN
    MAKAN DGN KELAPA PARUT YG TELAH DIGAUL DGN GARAM

    Cheese Popiah


    Grated cheese...apa2 jenis cheese..sebanyak mana pun ok
    Carrots~grated
    Crab meat/filament/sticks~any amount suka hati
    Daun Bawang n Daun Sup ~ just enough
    salt n peper
    ... Bawang goreng
    Popiah Skin

    Method:-
    Crab fillment/sticks putong 1/2 n hiris
    Satukan semua

    Bungkus dan glue kan dgn bancuhan tepung
    Goreng kekuningan...
    Makan ketika suam

    Bubur Lambuk

    TQ Chef Amer and K.Pau

    ( Untuk 500 orang )

    guna beras dlm 25 kg..
    kena pakai 2 periuk besar yg 4 tangkai tu. minyak sapi 1 kg, minyak masak 500 gm, bawang merah 2.5 kg, bawang putih 1 kg, halia 1 kg, rempah sup adabi 400 gm, rempah tumis 4 sekawan, daun pandan, tetel lembu 3 kg, udang kering 1.5 kg, air 4 liter utk 1 kg beras, santan 4 kg(masuk last 20 minit nak angkat), lada sulah 500 gm, daun sup & daun bawang 1.5 kg .

    Tat Nenas

    • 250gm butter -guna butter mahal sedap
    • 60 gm gula aising 
    • 2 biji kuning telur
    • 1 sudu teh vanila
    • 3oo-330gm tepung gandum*
    • 50 gm tepung jagung*
    • 30gm tepung kastad*
    • 20gm susu tepung*
    • 2gm garam halus
    • * ayak
    Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)
    • 450 gm parutan nenas – tapis
    • 1 camb jus limau nipis
    • 180 gm gula pasir
    • 1 bat...ang kulit kayu manis

    Cara membuat:
     1. Pukul mentega dan  gula aising sampai sebati.
    2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.
    3.  Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.
    4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.
    5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.
    6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.
    7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

      Untuk Jem:
    Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk

    Getuk Ikan Bilis

    GETUK ikan bilis by : Rose Aldem
    Bahan-Bahan:

    Segengam ikan bilis, basuh dan toskan
    2 ulas bawang merah
    2 biji limau kasturi
    ...5-6 tangkai cili api (kalau nak pedas tambah lagi)
    Garam secukupnya
    minyak secukupnya

    Cara-cara:
    1. Tumbuh ikan bilis, bawang merah dan cili api sampai separa lumat (kalo suka lumat pun tak pe)
    2. letak sikit garam..secubit kecik cukup
    3. Panaskan api dan goreng bahan tumbuk tadi sampai agak garing. Tutup api. letak dalam piring
    3. perahkan limau kasturi...siap..makan dengan nasi panas..sedap!

    Kerabu Ikan Bilis

    Resepi dari : Kak Pau .TQ kak

    200g ikan bilis digoreng hingga garing
    (beli ikan bilis yg putih)
    3 bj limau kasturi
    1 kuntum bunga kantan potong halus
    ...3 btg serai potong halus
    2 sudu makan gula
    1 labu bawang besar dimayang
    secekak daun kesum di cincang2
    10 cili padi potong halus
    sedikit garam

    * campur semua bahan dan hidangkan..gaul just before makan supaya ikan bilis rangup bila dimakan..

    Ice Cream

    TQ : Arin Oshin

    Bahan-bahan ( 2 liter )

    5 sudu gula pasir
    ...1 tin besar susu sejat/cair
    1 sudu besar ovallete
    1 biji telur
     2 sudu susu tepung
     2 penutup esen vanilla

    Cara-cara
    1. mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed
    2. simpan dalam freezer 30 minit
    3. ulang method ini ( mixing n freezing ) sebanyak 3 kali
    4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan 2 sudu susu tepung dan 2 penutup esen vanilla
    5. kacau dengan wisk atau senduk kayu
    6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB
    untuk milo tu...just taburkn pada setiap lapisan...
    selamat mencuba...

    Laksa Johor

    TQ : Liza Othman
     ni anggaran agak2 la ye,,, sekilo ikan,, 2 peket rempah kari 3 biji santan,,, bwang n bwg putih, buah keras,halia, lengkuas, serai,kerisik,
    - tambah sedikit udang kering dikisar dan ikan masin kurau juga dikisar...

    Laksa Penang

    Resepi dari : Kak Pau .TQ kak

    Bahan A
    1kg ikan kembung
    2 liter air
    6 keping asam gelugor
    1 1/2 sudu makan garam
    * masuk semua dlm periuk & rebus hingga ikan masak,simpan sebelah asam keping, blender ikan+ air rebusan pastu tapis guna penapis jarang. Masuk semula asam keping dan campur bahan B.Masukkan isi ikan yg dah ditapis.. masak hingga mendidih. dah siap.

    Bahan B
    20 bj cili kering(nak pedas tambahla)
    2 labu bwg besar
    segenggam ikan bilis ( boleh juga digantikan dgn belacan)
    secekak daun kesum
    2 kuntum bunga kantan
    1/2 sdu teh gula( atau perasa aji)

    Bahan C- tabur
    daun salad, cili padi, timun, limau kasturi, telur rebus, bwg besar...

    Sila Share Link

    Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
    Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
    Dah Siap ... Happy View alls .. :)

    My Notes

    Nur Sayangku

    Nur Sayangku