Talam Keladi

Resepi : Puan Paridah Aman

Bahan bahannya;
Utk Lapisan Atas:
300 ml santan pekat (akak guna santan pekat yg Rm2.50 yg jual dipasar)
2 cwn air
1 cwn gula pasir
1 cwn + 3 sdu makan tpg gandum.
1 sdu kecil perasa keladi
3 biji telur
sedikit pewrna ungu
sedikit garam
Caranya:
  1. Santan,gula, air,perasa keladi,pewrna ungu dan garam disatukan.
  2. Bila dah sebati panaskan atas dapur sampai ia mendidih sekejap je.
  3. sejukkan sebentar @ suam2 je.
  4. Kemudian masukan tpg gandum kacau sebati.
  5. bila dah sebati baru masukan telur sebiji sebiji.
  6. Tapis supaya x bergentel.ketepikan
  7. Panaskan kukus.
Utk lapisan bawah:
2 cwn tpg beras + 2 sdu makan tpg gandum.
4 cwn santan cair (diambil lebih krg 1/2 cwn dari santan yg rm2.50 tadi jadikan 4 cwn)
1 cwn keladi minyak (dipotong dadu) nak lebih pun boleh ,garam ikut rasa.
caranya:
  1. Keladi dipotong dadu dan direbus sampai empuk sikit angkat toskan
  2. tpg  disatukan ngan santan dan garam kacau hingga sebati.
  3. sentasa kacau atas dapur sehingga likat dan berkilat baru masukkan keladi yg sudah direbus.
  4. Sediakan loyang 10 x10 di lumur minyak dialas plastik. ratakan adunan tpg yg dah dimasak didlm loyang.
Bila kukus dah mendidih masukkan lapisan bwh selama 5 minit,lepas tu masukkan yg atas selama 30 minit. Api biar besar sikit supaya atasnya x lembik,jgn lupa tudung kukus dbalut ngan kain.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku