Tips utk Rangupkan Biskut

Untuk merangupkan biskut
(1) tambah 1 camca teh emplex ke dalam adunan yg menggunakan purata 450-500 gm tepung atau kombinasi beberapa jenis tepung.
(2) biskut yg mengandungi serbuk kacang memang sepatutnya rangup semulajadi.
(3) biskut yg mempunyai campuran tepung jagung, tepung kastard dan/atau tepung beras juga rangup semulajadi.
(4) bakar biskut pada suhu 175-180 C. Mula membakar memanglah lama sedikit sebab oven tak panas sempurna. Bila dah bakar 2-3 dulang, akan bertambah cepat masa membakar.
(5) pastikan biskut dibiar sejuk atas redai. Jika tidak, wap air akan terperangkap antara biskut dgn dulang yg panas.
(6) kurangkan mentega, tambah sama banyak sukatannya dengan lemak sayuran (vegetable shortening).

Supaya tahan lama
(1) lapik atau alas setiap lapisan biskut yg hendak disimpan dgn kertas kalis minyak.
(2) taburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas menyimpan biskut.
(3) letak paket kecil 'Silica Gel' untuk menyerap kelembapan di dalam bekas biskut.
(4) gunakan penyepit atau tangan bersih bila mengalihkan biskut ke dalam bekasnya untuk disimpan.
(5) jangan dibakar pada suhu tinggi. Jika biskut masak terlalu cepat, bahagian dalamnya mungkin masih belum masak elok.
(6) memasukkan bahan pengawet seperti sodium benzoate ke dalam adunan biskut (namun saya tak galakkan sangat kerana khuatir kesan jangka panjangnya...)

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku