Talam Labu

Resepi Di sini


KUIH TALAM LABU 
Sumber: Buku Aneka Talam dan Kuih Lapis by Chef Hanieliza

Bahan Lapisan Bawah:

  • 3 cawan santan cair + sedikit garam
  • 1 cawan labu yang diparut
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung kastad
Cara-Cara:-
  1. Masukakn semua bahan kecuali labu parut dan kacau hingga sebati. Tapiskan.
  2. Kemudian masukkan labu yang diparut dan kacau lagi hingga rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit (akak kukus 40 minit) sehingga masak.
Bahan Lapisan Atas:-
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam
  • sedikit pewarna kuning 
Cara-Cara:-
  1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam periuk. Kacau adunan ini di atas api yang perlahan.
  2. Apabila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit dengan garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan labu tadi. 
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku