Sponge Cake Karamel


Oven Sapura
SPONGE CARAMEL CAKE

(Idea asal menggunakan resepi kek karamel Pn Munira Baharum, cuma saya gantikan adunan kek dengan kek sponge. Saya sukakan gabungan kek sponge dan puding, dan sebab cara buatnya lebih cepat..hihi)

Bahan:

Bahagian 1 : Gula Hangus (2 bahan)6 sudu besar (75g) gula pasir1 sudu besar air biasa4 sudu besar air panas

Bahagian 2 : Puding Telur (4 bahan)500ml susu segar2 sudu besar (25g) gula pasir5 biji telur gred A1 sudu teh esen vanilla ATAU pes pandan

Bahgaian 3 : Kek Sponge (8 bahan)125g tepung kek/superfine (ayak bersama baking powder)1 sudu teh baking powder15g/(1 sudu kecil) ovalette120g gula castor5 biji telur1 sudu teh esen vanilla1/2 sudu teh garam halus75g minyak sayuran (minyak jagung atau bunga matahari)(boleh gantikan minyak sayuran dgn mentega cair, tak perlu masukkan garam)

-pewarna ikut kegemaran (gambar kek di atas guna 4 warna - hijau, kuning, pink & ungu)
cara :
Oven Sapura
SPONGE CARAMEL CAKE 

(Resepi bahan & gambar kek setelah dipotong ada di gambar sebelumnya)

*Kek ini muat-muat menggunakan loyang bulat 9 inci, tinggi kek lepas bakar adalah 3 inci (agak besar jugalah). Kalau gunakan loyang lebih kecil dari 9 inci, kena kurangkan adunan ye.

1. Sediakan loyang siap2, tak perlu digris. Masak gula + 1 sudu air biasa dalam periuk dgn api sederhana sehingga gula cair dan bertukar keperangan.

2. Masukkan 4 sudu air panas, satu persatu sambil dikacau .

3. Kacau cepat2 supaya gula sebati dgn air.

4. Tuang cepat2 ke dalam loyang, senget2kan loyang supaya gula rata memenuhi dasar loyang. Dah siap letak di tepi.

5. Dengan api yg perlahan, panaskan susu + gula didalam periuk, kacau perlahan sehingga gula larut dan susu naik wap. Boleh masukkan esen vanilla (saya gunakan pes pandan). Jangan sampai mendidih. Sementara itu pecahkan telur.

6. Tuangkan susu suam (boleh disentuh jari) ke dalam telur sedikit demi sedikit.

7. Tapis adunan ke atas gula hangus.

8. Kalau menggunakan loyang yg bahagian bawahnya di pateri, balut dulu dengan aluminium foil sebab air boleh masuk dr luar masa dibakar.

9. Untuk adunan kek, di dalam 1 bekas, satukan kesemua bahan kecuali garam dan minyak sayuran.

10. Gunakan kelajuan tinggi dan pukul hingga gebu (kelajuan mixer berbeza ikut masing2, saya pukul selama 5-6 minit). Adunan mengembang 1 kali ganda, bila angkat hook, adunan boleh jatuh dengan perlahan. Jangan sampai adunan terlalu 'stiff', nanti susah nak corakkan dan kek akan jadi kering serta naik terlalu tinggi. Last sekali masukkan garam dan minyak sedikit demi sedikit, pukul kelajuan perlahan selama 40-50 saat .

11. Bahagikan kepada bekas2 kecil dan warnakan ikut suka. Selalunya warna adunan sedikit pudar sebelum dibakar, selepas dibakar akan jadi lebih terang. Jadi tak perlu masukkan terlalu banyak pewarna.

12. Bila masukkan adunan di atas telur memang agak mencabar sebab adunan lari2 terapung..hehe. Utk memudahkan, letak adunan di tepi (bersentuhan dengan loyang) dan bukan di tengah, sudukan adunan warna demi warna, adunan akan merebak sendiri (kecuali kalau adunan terlebih pukul).13. Sebelum melapis adunan, sediakan oven dulu. Sediakan loyang yg lebih besar, boleh muat loyang kek (test dulu), untuk membakar kaedah bainmarie. Panaskan oven 100 degree 10 minit. 

14. Letakkan loyang berisi adunan kek ke dalam loyang yg lebih besar. masukkan ke dalam oven. Isi loyang besar dengan air panas setinggi 1 cim. Bakar di rak oven paling bawah. Oven saya menggunakan suhu 140 degree,api atas bawah selama 1 jam. (Suhu & masa mungkin berbeza mengikut oven masing2)

15. Kadang2 bila bahagian atas terlalu keperangan, lagi 20 minit sebelum dikeluarkan, letakkan aluminium foil di atasnya dan sambung bakar.

16. Selepas dikeluarkan dari oven, jangan terus tonggengkan ke dalam papan kek. Tunggu hingga sejuk sekejap (at least 30-40 minit)supaya lapisan telur agak keras. Kek ni perlu sentiasa disimpan di peti sejuk dan boleh tahan 3-4 hari. Paling bagus, sejukkan suhu bilik, pastu masuk fridge 2-3 jam, baru terbalikkan.

TIPS* Cara melapis adunan: Mulakan dengan 3 sudu besar setiap warna, bila adunan tinggal separuh, letak 2 sudu je, bila adunan tinggal suku, letak 1 sudu je setiap warna sampai habis.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku