Kek Gula Hangus



KEK GULA HANGUS/SARANG LEBAH (Honeycomb Cake) -Version Mudah :)

[Tak perlu pukul lama, hanya GAUL dengan tangan, tak perlu biar di luar beberapa jam sebelum masuk oven]

150g mentega (cair & sejukkan) (boleh kurangkan jumlah mentega..100-120g)
2 cawan gula (jadikan gula hangus dan campurkan dengan air panas 1 + 1/4 cawan sedikit2 & kacau cepat2, kacau hingga larut semuanya dan letak tepi)
1 + 1/4 cawan tepung gandum (125g)
2 sudu kecil soda bikarbonat (ayak bersama tepung)
6 biji telur gred A
1/2 cawan susu pekat
1 susu teh esen vanilla

(saya gunakan cawan yg kecil sedikit dr cawan sukatan yg standard)

-Gula hangus dan mentega pastikan disejukkan sebentar. Sementara tu dalam mangkuk besar, masukkan tepung, masukkan kesemua telur, gaul DENGAN TANGAN biar rata (memang akan berketul2, jangan risau sebab nanti akan ditapis).

-Masukkan gula hangus, mentega cair, esen vanilla dan susu pekat. Gaul semua hingga sebati (dengan tangan juga).

-Tapis bancuhan sambil tangan mengacau adunan yg bergentel2 hingga semuanya habis.

-Tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah disapu mentega, letak kertas minyak (saya guna 8 inch bulat).

-Bakar api bawah 120 celcius selama 50 minit (api yg perlahan. tetapi bergantung kpd oven masing), dan kemudian bakar guna api atas 10 minit (tak perlu biarkan adunan beberapa jam sblm masuk oven).

- Cucuk dengan lidi atau pisau untuk pastikan kek benar2 masak, keluarkan dari oven dan boleh terus dipotong.

** Ada beberapa respon dr kawan2 yg dah try kek ni.. yg kek ni agak berminyak. Butter menjadikan kek lebih lemak dan lembut tapi boleh la kurangkan butter dari 150g ke 120g atau 100g, kurang dari tu pun tak apa. Boleh juga gantikan mentega cair dengan minyak sayuran.

Antara sebab yg saya tau kenapa sesetengahnya mcm terlalu berminyak ialah penggunaan jenama mentega yg berbeza dan teknik mencairkan mentega.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku