apple pie goreng


Mysara Mangosteenskin APPLE PIE GORENG ala McD
6 - 8 keping pie

Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna
1/2 cawan shortening atau (mentega) (Kalau mentega mesti dalam keadaan beku)
1 sudu teh garam
1/2 cawan air sejuk
2 biji epal hijau
1/3 cawan gula
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan minyak sayuran

Cara-caranya
1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul. Kita nak buat apple pie McD kan so kena ikut macam McD sikit.
2. Ayak tepung dan garam. Potong shortening/ atau mentega yang masih beku. Gaul shortening/ mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci macam McD punya pie le. Letakkan inti epal ditengah pastry. Gunakkan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan. Best makan bila panas. BE CAREFUL FILLING CONTENTS MAY BE HOT

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku