Apam Ladybird / dot2

APAM LADYBIRD/APAM DOT DOT DOT

by Noraslinda Bugal on Wednesday, 06 July 2011 at 17:44
Bahan-bahan
BAHAN A
3 biji telur gred A*
220 gram gula halus*
1 sudu teh ovallet*
Semua bahan bertanda* hendaklah sejuk,baru dikeluarkan dari fridge

BAHAN B
150 ml susu kotak(saya guna susu kotak rendah lemak duth lady)juga kuarkan dari fridge.Nak guna susu segar pun boleh
1 sudu teh esen vanilla
275 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
Ayak bahan2 bertanda *
Jem strawberry/blueberry
Pewarna hitam dan merah

Cara membuatnya
Sebelum nak mulakan,besi mixer tu pun kena sejukkan,saya letak sekejap dlm fridge kat tmpt beku tu,ni utk cepatkan proses mengembang dan menggebukan adunan
Pukul BAHAN A hingga putih dan kembang,gunakan high speed
Masukkan esen vanilla dan masukkan susu sedikit demi sedikit
Pukul hingga betul2 sebati dan gebu,buat sehingga susu habis
Perlahankan speed.masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit
Pukul adunan hingga betul2 sebati dan likat
Ambil satu senduk adunan dan buh pewarna hitam,masukkan adunan ke dalam piping bag(Saya x de pewarna hitam,jadi saya campurkan warna biru tulin dan merah,jenama star brand,dpt la warna ala2 hitam gitu)
Ambil lagi adunan dan buh pewarna merah,masukkan adunan ke dalam piping bag
Tinggalkan sedikit adunan tanpa pewarna utk dijadikan mata ladybird,masukkan adunan ke dalam piping bag
Masukkan jem strawberry ke dalam piping bag jugak
Picit adunan warna merah ke dlm paper cup hingga hampir penuh
Kemudian picit jem strawberry dan picit adunan merah sehingga penuh ke dlm paper cup
Ambil adunan warna hitam,picit untuk bt kepala ladybird,buat satu garis di tengah2 bdn ladybird
Pastu buat dot2 kat badan
Buat dua dot2 menggunakan adunan asal(Plain) untuk dijadikan mata,pastu picit adunan hitam kat mata ladybird
Bila dah siap,kukus selama 15 minit dgn api sederhana,jgn guna api besar nanti apam akan merekah,api kecil pun x boleh,nanti apam x naik montel2
Penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain/towel yg bersih supaya air kukusan x menitik atas permukaan apam
Paper cup buh dlm acuan apam/acuan lompang

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku