sekaya labu


Sekaya Labu

by Rohayu Ramli on Thursday, 10 November 2011 at 15:07
Oven Sapura
SEKAYA LABU

Bahan:

1 biji labu saiz sederhana (setinggi tin marjerin planta 500g)
1 cawan (200ml) santan pekat
1 cawan (4 biji-gA) telur -dibuang tali
1/2 cawan (220g) gula melaka -dihiris
1/2 sudu teh garam
beberapa helai daun pandan

Cara:
- Potong bahagian atas labu dan buang bahagian dalam/bijinya. Panaskan pengukus.

- Campurkan semua bahan2 lain dalam satu mangkuk dan ramas2 bersama daun pandan hingga sebati. (petua orang dulu utk dapatkan bau yg wangi)

- Tapis adunan dan isi adunan ke dalam labu. Tutup dan kukus dengan api sederhana perlahan selama 45 minit atau hingga masak.

- Biarkan sejuk sebentar sebelum dipotong dan dihidang.

(kalau adunan ada lebih, tak muat masuk di dalam labu, masukkan ke dalam bekas kecil yg tahan panas dan kukus sekali, akan jadi sekaya kukus yg sedap dimakan dgn roti)

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku