Talam Pulut Hitam

KUIH TALAM PULUT HITAM
Sumber : Dapur Kama .. TQVM
ITA'S DELIGHT

Peralatan :
Loyang bersaiz 10" x 10" yang disapu minyak dan dilapik plastik

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah :
160g tepung beras
140g gula pasir
30g tepung gandum
30g tepung jagung
1/4 sudu teh garam
800ml santan + air rebusan beras pulut hitam
*1 cawan pulut hitam (empuk)
*1 cawan pulut hitam (3/4 empuk)
sedikit pewarna purple

Cara membuatnya :
*Pulut hitam direbus dengan air yang banyak.
*Apabila pulut 3/4 masak asing 1 cawan
*Rebus selebihnya sehingga empuk
#Pastikan pulut berjumlah 2 cawan kesemuanya
Campurkan baki air rebusan dengan santan pekat, jadikan 800ml
Satukan semua bahan diatas
Kacau sebati
Masukkan ke dalam loyang
Kukus sehingga pekat

Lapisan Atas:
110gm Tepung beras
140gm gula pasir @ ikut manis yang kita suka (saya lebihkan 2 sudu)
1/4 sudu teh garam
30gm tepung gandum
30gm tepung jagung
800ml santan pekat + air rebusan beras pulut hitam
sedikit pewarna purple

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan diatas dan masak sehingga naik wap @ sederhana pekat.
Masukkan keatas lapisan bawah yang telah didicakar2 dengan garpu
Kukus sehingga masak (lebih kurang 45 minit - 1jam)

TIPS :
Pastikan lapisan bawah dicakar2 dengan garpu. Kalau x, lapisan atas dan bawah takkan melekat.
Buka tutupan pengukus setiap 5 - 10 untuk memastikan air x tumpah keatas kuih yang akan menyebabkan kuih kembang dan basah.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku