Talam Seri Muka

Norazilla M Noor Azman edited a doc.
seri muka

BAHAN-BAHAN   :

1  )Lapisan pulut :
2 cawan metrik pulut rendam semalaman dengan santan pekat dan sikit garam....
tapi kalau nak buat segera, rendam kejap pas tu masak dalam microwave macam kita nak masak nasi tu..lebihkan santan tu sikit dari paras pulut. tanak hingga masak...lepas tu tekan dalam loyang sederhana. padatkan betul2....

***Jangan lupa alaskan permukaan loyang dengan plastik tahan panas sebelum buat base pulut supaya senang nak potong atau keluarkan dari dlm loyang itew~~~

2) 1 sudu makan tepung gandum - gunakan tapis teh ayakkan di atas permukaan pulut (ini sebagai gum) supaya lapisan  (1) dan (3) melekat dengan elok. lepas tu ratakan sehingga licin di atas permukaan pulut
.
*****
3)Lapisan Hijau (kepala)  - yg nih paling penting.
6 helai daun pandan atau lebih...lebih banyak lebih sedap utk hilangkan rasa telur...blend, amek airnya agak2 dalam 1 1/2 cawan...
6 biji telur ayam biasa, kalau besar 5 biji
300gm gula pasir
1/4 sudu teh metrik garam halus
3 sudu makan metrik tepung gandum
4 sudu makan tepung beras
3 cawan pekat santan ( yg nih gunakan santan pekat + dengan pati daun pandan tadi...)
nak cantikan permukaan seri muka nih...campurkan sedikit pewarna hijau apple dan kuning telur . ikut suka ler nak terangkan macam mana...

cara buat:
masukan semua bahan (3) dalam blender dan kisar sekejap ajer utk sebatikan semua bahan tak pun pukul aje...lepas tu tapiskan dan  masakkan dalam api yg sederhana ****kena kerap kacau, jgn tinggalkan sehingga lah akan nampak ada wap2 naik ke udara. **segera angkat dan gunakan tapis, tapis lagi dan tuang terus di atas permukaan pulut tadi yg kita letakan dalam periuk kukus. stimkan dalam 40 minit kut, lupalah tak tgk masa...tp yg penting tutup periuk tadi kena selalu lap permukaan dalmnya dalam 10 minit sekali atau kurang sbb tak nak wapnya jatuh ke atas lapisan hijau tu..tak pun bungkus penutup dgn kain, tp saya tak suka nak buat....biarkan hingga permuikaan hijau tu keras....
kalau ternampak ada air wap yg jatuh, pelan2 amek tisu serapkan air tu....

***penting, kena pastikan air kukusan kena betul2 mengelegak, lepas tu setkan ke api lebih sikit dari sederhana, kalau dapur letrik, gunakan number 7. api jgn maksimum kuat sbb akan menyebabkan lapisan hijau tadi mengelembung dan pulut serta lapisan hijau tak melekat antara satu sama lain....

wokay..selamat mencuba...semua ilmu yg datang adalah dari Allah Taala..sama2lah kita menafaatkan. (sebenarnya saya pergi belajar nih dari seorang chef popular di KL dan dikenakan bayaran  dan resepi yg saya pelajari itu saya olah sedikit mengikut selera dan citarasa saya sbb resepi yg asal terlalu manis dan agak kental sikit...)

Untuk nak kan permukaan hijau berkilat dan menghasilkan warna yg agak gelap (optional) :
***sementara tunggu serimuka masak dan siap, panaskan oven...sebaik jer masak masukan loyang serimuka ke dalam oven (yg nih kena tunggu oven ) . Perhatikan betul2 sebab tempoh nak gelapkan bahagian atas hijau tu amek masa yg teramat singkat..elok nampak ada perubahan pada warna hijau tu..bawak keluar cepat2~


***gunakan penyukat International metrik, sbb ada yg sukatannya sudu/cup yg terlebih saiz dari yg ada, sbb  hasil bahagian yg hijau nih (kepala) adalah lembut aje dan tidak kental...

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku