Makaroni Bakar

Noor Haslina Abdullah
saje nk tempek rcp makroni bakar kt sini... mmg sdp,cuba leee...

Bahan-bahan
3-4 cwn makaroni - direbus dan tos
4 btg sosej @ ayam @ daging - di dadu @ di cincang
2 ulas bawang putih -di cincang
1 labu bawang besar - di cincang
1/2 cwn sayur campur
4 biji telur
1 cawan air masak
1 cwn susu segar (kotak)
1/2 cup keju cheddar @ mozarella @parmesan
garam dan lada sulah/hitam secukup rasa (optional)
Cara-cara
1. Panaskan oven pada 180C. Sapu majerin pada loyang bulat 8".
2. Didalam bekas satukan telur + susu + air. Pukul hingga sebati dan ketepikan.
3. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu dan naik bau. Masukkan sosej, sayur campur, garam dan lada sulah. Tunggu seketika hingga ayam/sosej dh masak. kemudian masukkan makaroni yang telah direbus. Gaul sebati dan tutup api.
4. Tuang makaroni goreng tadi ke dalam loyang dan tuang bancuhan susu dan telur. Taburkan keju. Kalau nk lg sdp jika blh pastikan bila susu + telur td dh dituang kedlm loyang td pastikan semua macroni td dh dilitupi oleh susu + telur td.... selepas bakar macroni akn menjadi cantik...
5. Bakar selama 30minit. On kan pemanas bahagian atas untuk mencairkan keju selama 5minit dan keluarkan dari oven. Biarkan sejuk sebentar selama 5-10minit.
6. bolehlah dimakan dgn sos cili + mayonis (digaul sebati)

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku