RESEPI LEMANG TANPA BULUH
E-na Lovely Kitchen

http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/08/lemang-tanpa-buluh-dan-lemang-pulut.html


menghasilkan 5 batang lemang bersaiz 10cm x 5.5cm seperti gambar di atas.

Bahan-bahan:

  • 500 gram beras pulut
  • 70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)
  • 380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (untuk lemang pulut kuning sahaja)
Bahan sampingan
  • Loyang / acuan kek 9 inci
  • Daun Pisang secukupnya (di layur di atas api / rendam air panas atau di jemur panas sekejap)

Cara Masak Pulut:
  1. Didihkan air di dalam periuk kukus.
  2. Cuci beras pulut.
  3. Masukkan beras, santan, air, garam dan minyak masak ke dalam loyang. Jika inginkan Lemang pulut Kuning masukkan beberapa titik pewarna kuning telur starbrand.
  4. Kemudian masukkan loyang ke dalam pengukus. 
  5. Tutup periuk kukus dan set timer selama 30 minit.
  6. Buka penutup periuk kukus dan kacau rata pulut setiap 10 minit sekali supaya pulut masak sekata dan bergaul dengan santan.
  7. Selepas 30 minit angkat dan biarkan suam seketika. 
  8. Jika pulut masih mentah, boleh tambahkan sesudu besar air panas ke dalam loyang, kacau dan kukus lagi 5-10 minit.
                                          
Cara Buat Lemang:
  1. Bila pulut telah suam sedikit bolehlah di masukkan ke dalam acuan dengan menggunakan plastik. Masukkan separuh acuan. Lihat gambar 1.
  2. Kemudian tekan untuk memadatkan lemang. Lihat gambar 2.
  3. Penuhkan acuan dengan pulut. Tekan lagi supaya padat. Lihat gambar 3.
  4. Keluarkan lemang dari acuan dengan terbalikkan acuan dan goyang2/ hentak di atas angin (faham ke ni). Lemang akan mudah turun sebab ada lemak santan dan berminyak. Lihat gambar 4.
  5. Kemudian letakkan di atas daun pisang, pada bahagian yang hampir dgn pelepah pisang. Potong daun pisang yang lebih. Lihat gambar 5.
  6. Gulung kemas lemang tadi. Lihat gambar 6.
  7. Jika hujung daun pisang tidak cantik bolehlah di gunting buang sedikit. Tapi ianya akan lebih cantik bergulung jika tidak digunting. Lihat gambar 7.
  8. Kemaskan sisi lemang. Buang lebihan daun pisang. Lihat gambar 8.
  9. Kemudian masukkan semua lemang yang telah siap ke dalam periuk kukus. Lihat gambar 9.
  10. Kukus selama 5 minit untuk melayukan daun pisang.
  11. Angkat dan sejukkan.
  12. Potong lemang dan bolehlah dihidangkan dengan serunding, rendang ayam atau daging kegemaran anda. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
                                         
                                         

Lemang Pulut kuning dapat di jadikan penyeri hidangan. Ramai yang berminat dengan kelainan ini....Thanks my dear Hubby atas idea untuk buat lemang pulut kuning. Muaaahhhhs!!

NOTE : Resepi ini untuk Beras Pulut Jepun yang disini....beras pulut lain kena adjust sukatan air...