Donut lembut

Resepi dan Gambar dari Intan Kitchen.TQ

500g tepung roti
100g gula
11g instant yeast
4 biji kuning telur - yg tulin bukan tiruan ye!!
200 ml air

100g magerine / butter - ita guna butter
1 sudu kecil garam



Untuk Hiasan
200g Chocolat masakan - cairkan
100g kepingan Almond  - bakar ita tak letak ita letak chocolat masakan putih dan coklat

Ayak tepung2 kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata.
Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.
Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.
Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.
Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gm
Rehat doh semula 20 minit.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.
Salutkan donat  dengan gula atau choc cair ikut selera.

Cara ita
Ita masukkan semua bahan ke dalam BM. Bila dah siap tumbuk2 doh untuk keluarkan angin. Bentuk doh menjadi donut. Biarkan doh rehat selama 30 minit. Doh siap untuk digoreng.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku