Donut Lembut

BAHAN-BAHAN
Resepi : Norazilla M Noor Azman..tq

A)
500 gm tepung gandum atau nak campur sikit tepung roti pun tak apa tp saya bubuh tpg gandum sahaja..
1 peket yis mauripan / 1 tbsp + 1 tsp yis biasa
1/2 tbsp baking powder

Gaul rata bahan A supaya yis tu tak berketul2 bila dicampur ngan bahan lain.

B)
4 tbsp planta
3 tbsp gula (kisar halus)
2 biji telur
1 tsp ovallette (tak bubuhpun tak apa..)
1 tbsp bread softener ( yg ni kena bubuh, kalau tidak cepat keras..)
3/4 susu segar + 1/4 air panas (tak de susu segar ambik susu tpg bancuh je..kalau tak pun air suampun tak pe tapi rasa kureng le)
pilihan: boleh rebus sebiji kentang kecil, pas tu ambik kentang tu sahaja blend dgn air dan susu tadi tp biasanya saya malas nak buat....suka hatilah labu...( saya buat donut langsung tak bubuh kentang rebus...)

Cara:
Masukan semua bahan A dan B , uli rata. boleh gunakan bread maker di number 8 atau gunakan mesin kenwood tp gunakan low speed. uli dalam 20 min. pas tu kalau bancuh pagi nak makan waktu petang boleh simpan terus dlm peti sejuk . kalau nak makan segera biarkan doh naik sekali ganda baru kita ambik semua doh tu dan kita canaikan. gunakan pengelek utk ratakan doh. kalau melekit tabur tpg sikit atas kedua2 permukaan. terap dgn acuan tp kalau tak adapun suka hatilah. nak goreng jgnlah api terlalu panas. agak2 sedehana sahaja. lepas terap biar sekejap doh tu biar dia naik sikit. lepas goreng bole golekan gula atau boh apa2 yg anda suka. kita yg buat diakan....Baki doh yg kita terap td diuli semula dan biarkan dia rehat sekejap sebelum kita canai semula sehingga habis...(canai biar tebal,jgn nipis sbb nanti tak gebu)

Goreng separuh masak kalau nak frozenkan. senang kalau ada tetamu tergempar...

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku