Tips membuat Roti

Tips dari Sini.TQVM Ros And Hubby

- Perkara pertama sebelum membuat roti, sediakan segala alatan
dan bekas menguli, pemilihan bahan amat penting, bahan akan
mempengaruhi hasil roti yang dibakar nanti. Suhu air suam dan
susu juga pastikan tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas, kira
suam-suam kuku lah, suhunya lebih kurang 30darjah.
 -Pilih tepung roti yang baik, jangan beli yang murah, sebab
teksturnya tidak halus, sebab dari pengalaman, kononnya nak
jimat, bila buat apa pun jenis roti semua tidak menjadi, walaupun
doh tu sudah habis lembut dan elastik

-Pastikan semua sukatan bahan tepat, tapi sukatan cecair tu boleh
dibetulkan, bahan yang lain kalau boleh jangan di tokok tambah,
terutamanya sukatan marjerin atau butter, butter dan marjerin
tidak boleh lebih, sebab kandungan garam dalam dua bahan-bahan
ini akan mematikan yis.
- Yis perlu aktif, kalau nak selamat buat proses penapaian, caranya,
ambil air suam dlm suku cawan, campur 1/3 sudu kecil tepung
gandum dan 1/2 sudu kecil gula, masukkan yis dan biarkan seketika,
jika yis berbuih maknanya yis aktif dan boleh terus dicurah di
dalam adunan. tu cara selamat lah, tapi kalau yakin boleh terus
letak yis kering dalam adunan.
-Proses pemerapan, pastikan doh di perap di tempat yang
mempunyai cahaya matahari, jika duduk di luar negara musim
sejuk, letak doh di sebelah heater, jangan biarkan doh di dapur, sbb
doh perlu suhu yang agak panas untuk mengembang, dan tutup
doh dengan plastic wrap ataupun kain bersih, pastikan doh naik
dua kali ganda, lebih kurang 1 jam atau hanya 40 minit. Cara nak
tau doh dah cukup diperap ialah apabila doh ditekan dengan jari,
doh tidak akan memantul kembali.
-Tumbuk-tumbukkan doh bagi keluarkan angin, dan uli semula
beberapa minit, kemudian bahagikan doh mengikut kuantiti yang
anda suka dan kemudian perlu juga rehatkan beberapa minit, lebih
kurang 8 minit, baru dimasukkan inti ataupun di letakkan terus dlm
loyang pembakar.
- Setelah dibentuk kena perap lagi, berhati-hati supaya jangan
terlebih perap, nanti liang-liang roti jadi besar dan roti tidak akan
gebu. Masa perap ni, paling lama pun sejam, yang paling elok
hanya 40 minit, ataupun bila dah naik dua kali ganda, terus boleh
bakar.
-Sebelum bakar, kena gliss dulu kan, untuk mendapatkan
permukaan doh yang berkilat tu, campurkan telur, susu dan
beberapa titik madu, gliss perlahan atas doh, dan terus bakar,
jangan gliss terlalu awal, nanti rosak permukaan doh tu,
pastikan bila nak bakar sahaja baru gliss.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku