Puding Cocktail Pisang Emas


Resepi dan Gambar dari Sini . TQ Kak Ummi Zaihadi.
Kenal beliau melalui FB sbb minat blog nya..,rupa2 nya kak ummi adalah senior sya masa skolah..Beliau adalah antara Top Blogger Masakan .Resepi nya dah pernah masuk majalah Jelita ... Good Job Kak .. :)

PUDING KOKTEL PISANG LEMAK MANIS
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-

  • 15 - 20 biji pisang lemak manis (yg kuning2 sikit jek)
  • 1 tin susu sejat Ideal
  • 1/2 tin susu air
  • 1 kuning telor - dipukul sikit
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung (*boleh jugak guna tepung kastad) - dibancuh dengan 3 sudu besar air
  • 1 tin buahan koktel
  • ceri merah secukupnya
  • minyak masak secukupnya - untuk menggoreng pisang
Cara Membuat:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali (non-stick) dan goreng pisang lemak manis (tanpa tepung eh) hingga coklat keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Dalam caserol, campurkan susu sejat, air, esen vanila, kuning telor dan gula, masak dengan api perlahan hingga mendidih.
  3. Masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Kacau rata hingga nampak pekat.
  4. Tutup api dan biarkan kuah sejuk sebentar.
  5. Tuang kuah dalam bekas/mangkuk sesuai, masukkan pisang yang digoreng tadi dan taburkan buah-buahan koktel serta ceri.
  6. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.


Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku