Kuey Teow Goreng

Resepi dan Gambar dari Tiffinbiru (CMG) . TQVM


P1270663
Salamm semua, hadoi..pesal malam je rasa nak demam, lepas tu nak makan char kue teow plak, tapi tak berapa bess lahh, sebab kerang tak de. Sebenarnya ada, tapi tatau mana letak, puas cari dalam peti sejuk dapur, peti sejuk luar, freezer depan...semua tak de..huhu, geramm. Akhirnya, masak je lah ikut apa yang ada. Mat guna sambal tumis 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk kue teow (mat cekut dengan tangan)
1 biji telur, dipukul sedikit
2 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 keping fishcake, hiris
1/3 cawan daging batang pinang
1 1/2 camca besar sambal tumis
7 pokok kuchai, cuci dan kerat2
2 camca besar kicap manis
1 mangkuk taugeh
Sos ikan secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, dan juga daging, kacau rata. Jika perlu tuang sedikit air (tapi mat tak letak). Masukkan kicap manis, kacau dan tambah kue teow. Kacau rata.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, dan bila telur sedikit mengerasn kacau rata dan gaul dengan kue teow. Renjis dengan sos ikan secukup rasa. Masukkan kuchai dan gaul.
  3. Akhir sekali tambah taugeh tadi, gaul pantas dan matikan api. Gunakan api besar masa menggoreng. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama cili jeruk atau sos cili..
  4. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...(kalau mahu / tak perlu letak ikan bilis nya)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis
1 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
1 hirisan halia,
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa, masukkan ikan bilis, perasakan dengan garam dan gula serta sedikit serbuk perasa, kacau rata dan masak hingga pekat.
  2. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi lemak tadi....


atau resepi ini : juga dr CMG

500 gram kue teow
1 genggam taugeh, buang ekor
1/2 cawan isi udang
1/2 cawan hirisan sotong
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
1/2 camca teh cuka makan (optional)
2 biji telur, dipukul sedikit
Kicap cair secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Secubit gula

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku