Pau Batu Belah

Resepi dan Gambar dari Sini . TQ CMG

  satu  tips, nak cepat kan, on kan oven, letak suhu rendah dalam 40 - 50 darjah celcius macam tu, ikut oven masing lah yea..dan masukkan doh yang dah dibentuk tu untuk 20 - 25 minit, nanti dia naik cepat dan boleh goreng, ni kalau anda buat pagi2 lah, kan cuaca sejuk, tapi kalau buat masa tengah hari mat rasa tak perlu, cuma kalau nak cepat boleh cuba, tapi ingat suhu rendah okey...

P1260609
Mat buat 10 biji saiz sederhana, mat tak terap tapi mat bagi 10, dan bulat2kan setiap satu macam buat bun, susun dalam loyang yang ditaburkan sedikit tepung. Goreng dalam minyak sederhana panas, kalau minyak panas sangat nanti luar hangus, dalam tak masak, jadi kena pandai main dengan suhu minyak tu yeaa, mat goreng sekali 5 biji. Lepas tu boleh lah belah dan sapu dengan sambal tumis dan letak hirisan timun. Haa, kat kampung mat kan ada yang panggil ni "kueh batu belah"...hahha, mamafami kan dia seriau koo nama batu belah...kan mama..ok jom semak resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula halus @ gula kastor
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
100 ml air suam*
1 camca teh instant yeast @ ibu roti*(*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
Sedikit lagi air (tambahan)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di tapak tangan dan juga mangkuk.
  2. Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh dan bagi kepada 10 bahagian, mat timbang 45 gram setiap satu, bulat2kan seperti membuat bun, susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, buat hingga siap dan biar 40 - 45 minit atau kembang.
  3. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Bila sejuk, belah dan letak sambal tumis dan juga hirisan timun. Gunakan pisau bergerigi halus untuk mendapat potongan yang lawa (pisau utk belah roti burger tuuu..)..


Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku