Siakap 3 rasa


Bahan-Bahan:
Ikan Siakap
Lada Merah Hidup
Bawang Putih
Bawang Merah
Nenas
Serai
Sos Ikan
Sos Tiram
Garam
Gula
Serbuk Kunyit
Kicap Soya
Daun Ketumbar
Lada Lumat
Tepung Jagung
1 kg
8 biji dicincang halus
Satu biji dicincang halus
4 biji dicincang halus
2 keratan melintang dipotong dadu
3 ½ batang dititik (saiz sederhana)
Secukup rasa
Secukup rasa
Secukup rasa
Secukup rasa
Untuk salutan ikan
Secukup rasa
Sebagai hiasan
Secukup rasa
1 sudu besar
Cara:

Ikan

1. Gaulkan garam, serbuk kunyit dan lada lumat sebati kemudian lumurkan kepada ikan secara rata.

2. Goreng ikan yang di sapu tadi (deep fried) sehingga garing. Pastikan api sederhana. Kemudian sediakan di dalam pinggan kaca. Bagi peresapan suhu yg sekata. Aroma ikan akan terserlah.

Kuah

3. Pastikan kuali panas setelah dimasukkan 6 sudu minyak. Masukkan bawang putih yg dicincang.Goreng bawang putih sehingga separuh kekuningan kemudian masukkan bawang merah.

4. Setelah aroma bawang telah timbul masukkan lada merah goreng seketika dan selepas itu masukkan nenas tadi.

5.Masukkan 2 cawan air dan tunggu sehingga menggelegak.

6. Bila telah menggelegak masukkan semua bahan yg masih belum dimasukkan lagi tadi satu persatu.

7. Bancuh tepung jagung dengan air masak (pastikan air tidak panas untuk mengelakkan tapung jagung menjadi berketul-ketul) dan masukkan di dalam kuah tadi.

8. Kacau semua bahan hingga sebati sehingga masak. 
Cadangan Hidangan:
Sirami ikan siakap dengan kuah yang di masak.

Campakkan daun ketumbar mengikut keseniaan masing-masing.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku