Roti Oat Jagung Manis

Roti Oat Jagung Manis Hokkaido
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

*Untuk Doh*

250gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1/3 sudu kecil garam
1 sudu besar skim milk@susu tepung
3 sudu besar gula
30gram butter ( boleh ganti dengan marjerin atau shortening)
160ml susu segar suam @ air suam
6gram yis
40gram Oat ( ros guna jenama quaker oat)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
1 sudu kecil bread improver ( x letak pun takpe atau boleh diganti dengan water roux)
4 sudu besar sweet cream corn ( ros guna sweet corn dari Hokkaido)

* Untuk Gliss* -baki telur+beberapa titik madu+1/2 sudu kecil susu segar dan sedikit sos kastard.

resepi water roux

25 gram tepung gandum
125 ml air

Cara-cara untuk membuat water roux :

masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. 

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku