Roti Kentang / Potato Bread

Resepi dan Gambar dari  sini ..TK CMG ..
BAHANNYA:

135ml air sejuk dlm peti ais
¾ sudu teh garam
½ biji telur (pukul telor dan bagi dua. separuh lagi buat sapu atas roti)
60g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu. angaran ¾ biji)
300gm tepung roti (hi protein flour)
¾ sudu besar susu tepung
60gm gula halus
2 sudu teh yis
½ sudu bread improver
½ sudu teh bread softerner
30 gm butter

BAHAN KASTAD:
¾ cawan susu segar
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula halus
1 sudu teh mentega
½ sudu teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA:
  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit. KAEDAH LAIN :-) Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
  2. Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
  3. CREAM CUSTARD :-) Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
  4. UNTUK ROTI KENTANG :-) Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang...
  5. mereka yang guna BM, keluarkan doh selepas diuli selama 1½ jam dalam BM, keluarkan dalam besen aluminum atau yg sewaktu dengannya dan tumbuk keluar anginnya. biarkan seketika dan lepas itu, buatlah bulat dan sususan atas tray. biarkan hingga jadi dua kali ganda. kemudian sapu egg wash dan hias ngan kastad cream. bakarlah lepas itu hingga masak.
Share dari : Cik Mat Gebu 

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku