Mushroom Soup

BAHAN2 UNTUK DUA ATAU TIGA MANGKUK:
2 mangkuk cendawan (yang telah dicincang)
2 biji bawang sederhana besar
1 sudu besar butter
2 sudu besar minyak zaiton (atau apa juga minyak)
kiub ayam knorrs/maggie
setengah cawan air
susu segar
2 susu tepung gandum
lada hitam

CARA MEMBUATNYA:
Cendawan dicincang halus. bawang besar juga dicincang halus. panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak. bila butter dah cair, masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. pastu masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata. taburkan tepung, kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak. masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi. kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki. bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin. biarkan mendidih diatas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak. kepekatan sup ikut citarasa masing2. kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi. itu jer. senang kan. hah lepas ni tak payah beli yang dalam tin lagi sbb pastinya ada bahan pengawet.
Oh ye, kalau ada sesapa nak buat chicken mushroom soup, boleh gak guna resipi ni. rebus ayam. airnya boleh masukkan dalam soup gantikan air biasa. carik2 ayam dan masukkan bersama cendawan. hah dah jadi chicken mushroom soup.

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku