Cream Puff


ahan-Bahan:
Bahan Pastry:
330 gm air
190 gm mentega
secubit garam
240 gm tepung gandum
9 biji telur 
Custard Cream:
55 gm custard powder
2 biji telur
1 tin susu cair - dibahagikan dua
225 ml air
160 gm gula
½ sudu makan mentega
sedikit esen vanilla 
Cara:
Cara-cara untuk membuat pastry:
1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar.
Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil.
Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.

Cara-cara untuk membuat custard cream:

Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair.
Tapis dan ketepikan.
Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.
Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat.
Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla.
Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi. 

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku