Pulut Sekaya


PULUT SEKAYA kak Mizza.. :)

1 1/2 cwn beras pulut  (rendam lah sat sejam dua.)
1 cwn santan
1 sk garam
- kukus sampai pulut masak

sekaya:
 3 cwn santan
1/2 cwn air daun pandan (dlm 6 lai daun yg ijau tua)
3/4 cwn gula
1 sk garam
2 bj telur
3/4 cwn tepung gandum
 - blend / kacau2 .. lepas tu tapis..

- pulut td tu tekan2 bg padat dlm loyang, letak balik dlm pengukus. tuang pelan2 adunan sekaya. kukus dgn api sederhana lbh kurang 1/2 jam.  utk elakkan dr  sekaya ditimpa wap, penutup pengukus tu eloklah di ikat dgn tuala kecik.. atau pun loyang di tutup dgn aluminium foil (depa petua mcm tu tp sy pernah buat sekali, x masak2 smpi kesudah sekaya ku... x tau la depa dok letak mcmana..haha..)

ps / gambar pulut sekayanya di sini..

de Ice creame

Oven Sapura

HOMEMADE ICECREAM (boleh juga lihat resepi di gambar sebelah, sebelum)

1/2 tin susu pekat
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar serbuk koko

Campur semua bahan dan putar dengan KELAJUAN TINGGI sehingga pekat atau 1 kali ganda. Tuang ke dalam bekas dan tabur coklat cip, Bekukan semalaman.

Boleh cipta berbagai perisa sendiri ikut citarasa atau dimarblekan

Boleh juga guna susu segar perisa coklat, kopi atau strawberry.

Talam Pulut Hitam

KUIH TALAM PULUT HITAM
Sumber : Dapur Kama .. TQVM
ITA'S DELIGHT

Peralatan :
Loyang bersaiz 10" x 10" yang disapu minyak dan dilapik plastik

Bahan-bahannya:
Lapisan bawah :
160g tepung beras
140g gula pasir
30g tepung gandum
30g tepung jagung
1/4 sudu teh garam
800ml santan + air rebusan beras pulut hitam
*1 cawan pulut hitam (empuk)
*1 cawan pulut hitam (3/4 empuk)
sedikit pewarna purple

Cara membuatnya :
*Pulut hitam direbus dengan air yang banyak.
*Apabila pulut 3/4 masak asing 1 cawan
*Rebus selebihnya sehingga empuk
#Pastikan pulut berjumlah 2 cawan kesemuanya
Campurkan baki air rebusan dengan santan pekat, jadikan 800ml
Satukan semua bahan diatas
Kacau sebati
Masukkan ke dalam loyang
Kukus sehingga pekat

Lapisan Atas:
110gm Tepung beras
140gm gula pasir @ ikut manis yang kita suka (saya lebihkan 2 sudu)
1/4 sudu teh garam
30gm tepung gandum
30gm tepung jagung
800ml santan pekat + air rebusan beras pulut hitam
sedikit pewarna purple

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan diatas dan masak sehingga naik wap @ sederhana pekat.
Masukkan keatas lapisan bawah yang telah didicakar2 dengan garpu
Kukus sehingga masak (lebih kurang 45 minit - 1jam)

TIPS :
Pastikan lapisan bawah dicakar2 dengan garpu. Kalau x, lapisan atas dan bawah takkan melekat.
Buka tutupan pengukus setiap 5 - 10 untuk memastikan air x tumpah keatas kuih yang akan menyebabkan kuih kembang dan basah.

Kek Karamel E-Na

Resepi ni nampak panjang sebab E-na terangkan satu2/ terperinci ...tapi sebenarnya senang dan cepat je nak buatnya...
Untuk gambar step-by step boleh klik link di bawah
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/kek-puding-karamel-pelangi-step-by-step.html

RESEPI KEK PUDING KARAMEL PELANGI
... E-NA LOVELY KITCHEN
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja) Loyang 8 inci / 20cm Cara-cara:
Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.  Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.  Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
400ml fresh milk / susu cair 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti) 2 biji telur 140 gram gula castor 1 sudu kecil esen vanila Cara-cara:
Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti.. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar  6. Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru) 70 gram gula castor 1 sudu kecil cream of tar tar Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan gula castor dan cream of tar tar. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.  Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek. Adunan  2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi) 130 ml air 50 ml minyak masak 70 gram gula castor 140 gram tepung gandum 1 sudu teh baking powder Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang Matikan mixer. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9. Warnakan dengan warna pilihan anda. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna) Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti) Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.  Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk. Selamat Mencuba dari E-na Lovely Kitchen.

Tosei

Thosai

Bahan2
1) dhal putih/ulundhu bulat - 1 kole (ikut tin susu cair)
2) beras - 1 kole
... 3) garam secukup rasa
4) parpu melawis - 1 genggam

Cara2

1) cuci dhal putih, beras dan parpu hingga air bersih dan rendam utk 2 jam
2) blend hingga jadi batter, jgn terlalu cair.(masa masukkan beras dlm blender, letakkan jari ketiga atas bahan, tuang air hingga cecah garisan pertama)
3) kalau tk cukup air, tambah sikit jer.
4) blend ngan garam sekali
5) Kalau nk buat sarapan, blend malam sebelum dan simpan kt luar. Esok mesti dh naik. Pastu boleh buat tosai.
6) kalau idli, bahan sama tp jgn add parpu, blend pekat sikit... tu jer

tips : Masak kentang (ikut individu, boleh masak ngan kacang peas), bila tosai dh masak keluarkan dan masukkan kentang tadi, tutup tosai dh jadi masala tosai.

Rasam

Resepi : Bathma Priya Sengalrayan

Rasam Lada Hitam - (original)

Bahan2

1) Bawang putih - 1 whole - tumbuk tp jgn sampai lumat
2) Lada hitam - 10 biji (tumbuk sehingga serbuk)
... 3) Jintan manis - 2 sudu teh - goreng tanpa minyak dan tumbuk hingga jadi serbuk
4) cili kering - 3 tangkai - potong dlm 2cm
5) tomato - 1 besar - ditumbuk cam bawang putih jugak
6) serbuk kunyit - 1 1/2 sudu teh
7) air - 6 kole (ikut sukatan tin susu cair
8) daun kari - 2 tangkai
9) air asam jawa - rasa rasam dulu, kalau dh cukup masam jgn tambah air asam jawa.
10) garam secukup rasa

Cara memasak

1) tumis bawang putih, cili kering, tomato, daun kari, lada hitam, & jintan manis. Api perlahan.
2) bila tomato dh hancur sikit, masukkan air bersama kunyit. Api besarkan. masukkan garam dan cuba rasa. Kalau tk cukup masam, tambah sikit air asam jawa......
3) Rasam ni tk boleh mendidih, so bila dhstart nk didih sikit, tutup api.

Kalau nak makan nasi bersama rasam, nasi tu kena over cooked baru sedap.

Sambal Paste and tips

Zuliana Zainal Abidin
Resepi :
bt mcm sambal tumis biasa saja.... tumis cili kering blend dgn bwg putih, bwg merah smp garing... ikut kuantiti sambal yg kita nak... kalu nak bt 1 kuali besar tu, 1 pek cili boh yg besar tu... bwg putih 10 labu bend dulu... bwg merah (kalu nak cepat bwg besar jer) 1 plastik yg siap pek di blend dulu... dah garing, msk asam jawa.. garam & gula secukupnya...
Tips yg mak zulie bt di dapur.... Bt sambal tumis kosong yg pekat byk2... dlm 1 kuali besar.... lps tu pek dlm plastik kecil2, ikat kemas2... simpan dlm freezer... sedia utk digunakan bila2 masa sbg tumisan... blh guna utk sambal nasi lemak.... utk sambal tumis ikan, ayam, udang, sotong..... blh guna utk ayam masak merah... blh guna utk asam pedas... blh guna utk bt nasi goreng, bihun goreng.. or guna utk apa2 saja... just add air & bahan2 lain yg bersesuaian dgn hidangan yg hendak dibt... sgt senang & cepat bila diperlukan....
kalu bt masak asam pedas pun senang... msk kan dlm periuk... tambah asam, daun kesum.... bunga kantan, garam... ikan... siap....
kalu bt dlm 1 container, ssh la nak ambik.. sbb sambal tu kan beku... kena tgg lak sambal tu defrost dulu pula... hehehe... bt kecik2 senang.... tiap kali nak masak, ambik 1.. beku pun takpa, terus masuk periuk or kuali...... tambah air panas sikit.. buka api... sambal cair.... pastu tambah la bahan2 yg lain.... contoh kalau nak bt ayam masak merah... just tambah tomato puri or tomato sos... bwg besar hiris & kacang peas.... senang sgt kan... kalu nak bt nasi goreng.. pas sambal cair, masukkan isi ayam ke, isi daging... masuk nasi & sayur sayuran... siap... cepat & senang...

Sos Cili

Nur Asmah created a doc.
sos cili
Sos Cili (mkn dgn ns ayam)
3 ulas bawang putih - kisar
1 inc halia - kisar
6 biji cili merah -  dikisar
2 senduk sos cili
... 1 senduk sos tomato
garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar planta

Campurkan semua bahan untuk membuat sos.
Masak atas api dan kacau.
Bila dah 3/4 masak masukkan 3 sudu besar planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat.
Perasakan dengan garam dan gula.

Sambal Bilis Kering

Hasliza Ahmat Indar
respi saya camni :
1 / bwg merah, cili kering / cili api ditumbuk bersama garam dan sdkit gula (agak2la ikut msn dan mnsnya). slps tu bila dah agak lumat brlah dimasukkan ikan bilis td dan ditumbuk skali. kemudian brlah digoreng sekali dgn api yg sedrhana kcil dan dikacau selalu agar rata msknya serta garing.
2 /  yg dlm gambr tu dia gorg ikan bilis tu sampai garing. kalo nak wat yg cam2 pun ble gak. grg garing ikan bilis tu. asingkan. sementara tu msk sambal hingga garing. tunggu sejuk ckit pas2 br mskkan ikan bilis tu. insyaAllah... ikan bilis tu rangop rasanya... cuba la...
/
 yg prnh saya buat. simple je. bwn merah, cili kering/cili api (ikut suka), sdkit garam+gula. ditumbuk skali. pas2 agak2 dah lumat semua tu mskkn ikan bilis dan tumbuk skali. msk dgn api sederhana kecil. slalula kacau ye. ni mmg respi dr arwah wan saya

Miang Kham

Miang Kham(thai spicy snacks wrapped in bitter leaves)
By Anna Dhahran, Ct Hadrawati Kasih and Norazilla M Noor Azman · Last edited on Sunday · Edit Doc
Anna tgk kat site
: http://www.simply-thai.com/thai-food-recipes-miang-kham.htm
Bahan Hiasan:
Daun kaduk
Udang kering basuh-sangai
Haliadadu
bawang besardadu
Cili potong halus
Lemon potong dadu
Kelapa muda potong nipissangai skejap(klau x de pun x pe)
Kacang tanah disangai (buang kulittumbuk kasar)

Sos:
Masak 1 cwn air + 1 ketul gula merah+ skit gula kelapa
Campur 2 sudu besar sos nampla(anna x guna garam)
Masak hingga agak pekat
Ambil sdikit bahan hiasan sperti udang kering tadi (tumbuk kasar) + kcg tanah yg di tumbuk kasar +kelapa + halia+ bawang..masukkan smua bahan ni ke dlm sos.

Cara makan:
Ambik sehelai daun kaduk letak smua bahan hiasan + sos & bungkus siap di mkn(mcm mkn sireh) slmt mencuba :D…daun kaduk blh di ganti dgn salad.

Laksa Kola Perlis

Mi Zza kuah :
1/2 kg ikan temenung (kembong putih..yg kecik tu..)
1/2 kg ikan sardin
- rebus + 1 asam keping-- asingkan isi dgn tulang, blend tulang (tapis)

blend isi ikan dgn bhn2 d bwh smpi halus :
1/2 senduk cili giling ( pedas ikut citarasa, tp laksa kola mmg x brp pedas)
belacan anggaran 1/3 tapak tgn...( susah nak agak..hehe..)
1 bj bwg besar

8-10 kpg asam keping
bunga kantan -belah 2
daun kesum
garam
utk lg sedap kena tambah ajinomoto sebenarnya tp oleh krn semua org allergic dgn pak aji la ni, ganti lah dgn gula 1 sudu kecik..

tambah lah air agak2 jgn terlampau pekat dan jgnlah plk cair

laksa :
2 bgks laksa - sdg elok dgn kuah sekilo ikan
(sy suka laksa cap bunga kangkung, cepat empuk tp kena rendam berjam2 jgk)

ulam :
daun selom, timun, cili, telur rebus, limau kasturi, bwg besar (sila belah 2 dan hiris senipis mungkin- lepas tu basuh)

kicap (optional) tp majoriti org ps makan laksa kena buh kicap ni... x dak toyu x sedap...hehe...

Rendang Mak Aji

rendang mak aji
daging 1kg - rebus dgn santan cair

serai 4btg (sedang punya)
bawang putih & merah 3 ulas
halia & lengkuas ( size besar ibu kaki) hehehe..
{bhn di atas kasi blender}

kerisik kelapa 2sudu besar
rempah kurma 1sudu besar
1biji kelapa(santan pekat)
lada hitam yg biji punya (tumbuk ) secukup rasa kalau nak pedas lebihkan

*rempah kurma td campurkan dgn bhn blender gaul kasi rata slps itu bahagi kpd 2 bhgian.

cara-cara...
daging td direbus dgn santan cair sehingga mati air daging lepas tu masukkan rempah bhgian pertama dan gaul. setelah separuh masak campurkan santan pekat (ala kak ita, cara dia sama cam buat rendang warna merah tu)...
pastu masukkan lada hitam, rempah bhgian ke-2 dan kerisik.
tunggu 10 minit dan akhir skali masukkan air asam jawa, air limau, cuka, garam dan gula - ikut anggaran sdiri(mak saya x guna ajinomoto hehehe...x bagus)

Kimchii

Ayu Toyon
Ok cek bg resipinya: sayur ikut suka..mcm ayu prefer- kobis cina, carrot, daun saderi..ptg lps tu msukkn dlm bekas yg kedap, msukkn air garam sampai apuih sayoq tu.. Tutup n peram 3 hr( jgn mskkn dlm peti ais)...after 3 days, keluarkn sayo...q td( jgn buang air garam tu)..time Kita dh buat pastenyer..caranya:udang kering(blend) belacan, cili paste, serbuk cili, gula..mix all together...then baru lumuq kat sayoq td( lebih elok ptg sayoq tu sedang)...lps tu keluarkn sikit ayaq garam td( agak2 lah no)..masukkn balik sayoq yg dh d lumuq td...tutup, ltk kt luar 1 or 2 hr, then br bulih masukkn dlm peti ais..nk ltk kt luar lama pun x pa..tu sajeeeeeeeeee...kamsamidaaa!

Caramel Cake

TQ Puan Azlita


Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan


Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

 

Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.




Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani.



Apam Ladybird / dot2

APAM LADYBIRD/APAM DOT DOT DOT

by Noraslinda Bugal on Wednesday, 06 July 2011 at 17:44
Bahan-bahan
BAHAN A
3 biji telur gred A*
220 gram gula halus*
1 sudu teh ovallet*
Semua bahan bertanda* hendaklah sejuk,baru dikeluarkan dari fridge

BAHAN B
150 ml susu kotak(saya guna susu kotak rendah lemak duth lady)juga kuarkan dari fridge.Nak guna susu segar pun boleh
1 sudu teh esen vanilla
275 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
Ayak bahan2 bertanda *
Jem strawberry/blueberry
Pewarna hitam dan merah

Cara membuatnya
Sebelum nak mulakan,besi mixer tu pun kena sejukkan,saya letak sekejap dlm fridge kat tmpt beku tu,ni utk cepatkan proses mengembang dan menggebukan adunan
Pukul BAHAN A hingga putih dan kembang,gunakan high speed
Masukkan esen vanilla dan masukkan susu sedikit demi sedikit
Pukul hingga betul2 sebati dan gebu,buat sehingga susu habis
Perlahankan speed.masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit
Pukul adunan hingga betul2 sebati dan likat
Ambil satu senduk adunan dan buh pewarna hitam,masukkan adunan ke dalam piping bag(Saya x de pewarna hitam,jadi saya campurkan warna biru tulin dan merah,jenama star brand,dpt la warna ala2 hitam gitu)
Ambil lagi adunan dan buh pewarna merah,masukkan adunan ke dalam piping bag
Tinggalkan sedikit adunan tanpa pewarna utk dijadikan mata ladybird,masukkan adunan ke dalam piping bag
Masukkan jem strawberry ke dalam piping bag jugak
Picit adunan warna merah ke dlm paper cup hingga hampir penuh
Kemudian picit jem strawberry dan picit adunan merah sehingga penuh ke dlm paper cup
Ambil adunan warna hitam,picit untuk bt kepala ladybird,buat satu garis di tengah2 bdn ladybird
Pastu buat dot2 kat badan
Buat dua dot2 menggunakan adunan asal(Plain) untuk dijadikan mata,pastu picit adunan hitam kat mata ladybird
Bila dah siap,kukus selama 15 minit dgn api sederhana,jgn guna api besar nanti apam akan merekah,api kecil pun x boleh,nanti apam x naik montel2
Penutup kukusan hendaklah dibalut dgn kain/towel yg bersih supaya air kukusan x menitik atas permukaan apam
Paper cup buh dlm acuan apam/acuan lompang

Kek Karamel

Resepi Puan Azlita .TQVM

BAHAN-BAHAN
BAHAN A(untuk karamel)
2 1/2 sudu besar gula pasir

BAHAN B(untuk puding karamel)
1/2 tin susu cair
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard/tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla

BAHAN C(untuk meringue)
6 biji putih telur
70 gram gula kastor
1 sudu teh krim tar tar

BAHAN D(untuk kek)
140 gram tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
(ayak bahan2 bertanda* sebanyak 3 kali)
70 gram gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak masak

CARA MEMBUATNYA
BAHAN A
Masukkan gula pasir dlm loyang
Buka api kecil,layangkan loyang di atas api sehingga gula mencair dan berwarna perang
Jangan sampai hangus nanti karamel jd pahit
Bila gula dah mencair sepenuhnya,tutup api dan ratakan karamel di dlm loyang
Ketepikan

BAHAN B
Campurkan semua bahan,kacau perlahan dan tapis
Ketepikan

BAHAN C
Sebelum nak buat meringue ni,pastikan sume peralatan dlm keadaan kering dan x berminyak
Putih telur x bercampur dgn kuning telur dan air(walau sedikit pun)
Masukkan 6 biji putih telur ke dalam mangkuk yg agak besar
Pukul telur hingga kembang,masukkan krim tar tar
Putar lagi.Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi hingga mendapat meringue yg kental dan bertanduk
(Bila terbalikkan mangkuk,adunan meringue x jatuh)
Ketepikan

BAHAN D
Pukul kuning telur,minyak masak dan air hingga kembang
Masukkan gula dan pukul lagi hingga adunan naik sekali ganda@kembang
Masukkan tepung dan baking powder sedikit demi sedikit hingga habis
Pukul dengan kelajuan perlahan hingga semuanya sebati
Masukkan adunan BAHAN C (meringue) tadi sedikit demi sedikit dalam adunan kek
Gaul sebati
Bahagikan adunan kepada berapa warna yg diinginkan
Ambil adunan BAHAN B(untuk puding karamel) tadi,kacau sekejap dan tuangkan dlm loyang yg dah ada karamel tadi(BAHAN A tu)
Tuangkan adunan kek diatas BAHAN B secara berselang seli mengikut warna.Tuang di tengah2 loyang
Buat sehingga adunan habis
Bakar kek menggunakan kaedah double boil
Letakkan loyang kek ke dalam 1 lg loyang yg lebih besar yg berisi air mendidih
Bakar dengan api bawah selama 40 minit
Pastu bakar dengan api atas bawah selama 30 minit @ sehingga kek masak sepenuhnya
Saya gunakan suhu 180'C(Panaskan oven lebih awal)
Cucuk kek dgn lidi,kalau lidi bersih semasa ditarik,maknanya kek dah masak.Biarkan kek sekejap di dalam oven
Pastu kuarkan kek dan tunggu kek sejuk sedikit baru kuarkan dari loyang
Telangkupkan kek,kalo nak sedap lagi,masukkan kek ke dalam fridge dulu baru sedap dimakan

Apam dot dot

Zila Izal
Bahan-bahan
3 biji telur - dari peti sejuk
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus - ikot citarasa
150gm susu segar
... 3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna
Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE:
Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur. heheheh (resepi dari blog kak hana..huhuhu)'

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku