Happy Birthday Along

Masih Terasa sakit lepas Bersalin.di jahit,berpantang,berjaga malam,membuai,menetek,menyusu,menangis ..
Along dah 20 tahun..Ari ni jugak ada sesuatu yg agak lain Along buat..tak perlu dijelaskan...
Happy Birthday Along..Moga hidup Along diberkati Allah,lebih berjaya,lebih sihat,laluan hidup di permudahkan Allah.dilindungi dari segala mala petaka,sentiasa dipermudahkan utk mencari Ilmu Agama Islam utk tambah Takwa..dan mendapat Jodoh yg boleh membahagiakan di dunia dan Akhirat..Ameen ..


Apam Gula Hangus CMG


Resepi dan Gambar dari Cik Mat Gebu CMG

P1270925
Tapi kan...kan...kan...huhu, apam mat buat ni melekat sikit lah pada acuan dia, dah sapu minyak semua tapi dok melekat sikit, terutama bahagian tengah dia. Apam ni kalau tengok resipi dia ada gaya kek sarang lebah, sebab guna gula hangus. Kalau tengok apam yang kak rose buat, aduhh lawaa, nampak elok jee, bila banding dengan mat buat..erkk..aku nya macam terlebih tembam gitu u. Apa2 pun, apam ni memang sesuai untuk minum petang dan rasa dia pun just nice..i likeee!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang air, kacau rata dan masak hingga semua sebati. Sejukkan.]
  2. Dalam food processor satukan susu pekat manis, telur, marjerin (@mentega) dan minyak, putar hingga sebati. Masukkan karamel tadi bersama2 soda bicarbonate dan esen vanilla, putar rata.
  3. Tambah tepung dan putar lagi hingga sebati, jika adunan kelihatan terlalu air, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum anggaran 1/2 camca besar.
  4. Masukkan dalam acuan apam yang telah disapu dengan minyak, 3/4 penuh. Kukus 15 minit atau hingga masakj. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang...

My Birthday

Sambutan setahun sekali ....
Awal2 pagi Breakfast kt Mc D,sebelum hantar anak2 G tusyen...
Makan malam Sponsor by My Sis .. Diner + Secret Receipe Cakes ..





Lepat Pisang Ummi

Resepi dan Gambar dari ummizaihadi .TQ kak .

 pisang emas, xda yang masak...beli gak la pisang berangan, x suka sangat pisang ni sbb masam sikit kan..

Bahan:- ( 7 - 8 keping)
  • 8 biji pisang emas/berangan
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan santan pekat (*akak guna santan kotak je)
  • sedikit kelapa muda parut digaul dengan sedikit garam
  • daun pisang secukupnya (dilayu atas api perlahan, buang bahagian keras tepi, lap dan belah lebihkurang sejengkal lebar daun)
Cara-Cara:-
  1. Panaskan periuk kukusan.
  2. Dalam mangkuk lecek pisang dengan gula hingga gula dan pisang hancur sedikit.
  3. Masukkan santan, garam, dan tepung. Gaul rata.
  4. Ambil daun pisang dan letakkan 2 - 3 sudu besar adunan pisang di tengah2 daun. Letak inti di tengahnya dan gulung daun pisang. Lipat kedua2 bahagian tepinya biar kemas. Buat hingga habis.
  5. Letak/susun dalam periuk kukusan. Kukusan selama 12 - 15 minit hingga masak/kelihatan daun pisang kekuningan.

Kuey Teow Goreng

Resepi dan Gambar dari Tiffinbiru (CMG) . TQVM


P1270663
Salamm semua, hadoi..pesal malam je rasa nak demam, lepas tu nak makan char kue teow plak, tapi tak berapa bess lahh, sebab kerang tak de. Sebenarnya ada, tapi tatau mana letak, puas cari dalam peti sejuk dapur, peti sejuk luar, freezer depan...semua tak de..huhu, geramm. Akhirnya, masak je lah ikut apa yang ada. Mat guna sambal tumis 

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk kue teow (mat cekut dengan tangan)
1 biji telur, dipukul sedikit
2 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 keping fishcake, hiris
1/3 cawan daging batang pinang
1 1/2 camca besar sambal tumis
7 pokok kuchai, cuci dan kerat2
2 camca besar kicap manis
1 mangkuk taugeh
Sos ikan secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan sambal tumis, dan juga daging, kacau rata. Jika perlu tuang sedikit air (tapi mat tak letak). Masukkan kicap manis, kacau dan tambah kue teow. Kacau rata.
  2. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, dan bila telur sedikit mengerasn kacau rata dan gaul dengan kue teow. Renjis dengan sos ikan secukup rasa. Masukkan kuchai dan gaul.
  3. Akhir sekali tambah taugeh tadi, gaul pantas dan matikan api. Gunakan api besar masa menggoreng. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan bersama cili jeruk atau sos cili..
  4. SAMBAL TUMIS IKAN BILIS...(kalau mahu / tak perlu letak ikan bilis nya)

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 genggam ikan bilis
1 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar, hiris
1/2 cawan jus asam jawa
1 hirisan halia,
Garam dan gula secukup rasa (mat guna sedikit serbuk perasa)
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
3 biji buah keras*(*dikisar halus)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga garing, tuang jus asam jawa, masukkan ikan bilis, perasakan dengan garam dan gula serta sedikit serbuk perasa, kacau rata dan masak hingga pekat.
  2. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api, hidangkan bersama nasi lemak tadi....


atau resepi ini : juga dr CMG

500 gram kue teow
1 genggam taugeh, buang ekor
1/2 cawan isi udang
1/2 cawan hirisan sotong
2 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar kicap pekat
1/2 camca teh cuka makan (optional)
2 biji telur, dipukul sedikit
Kicap cair secukupnya
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
Secubit gula

Lepat Pisang


Resepi dan Gambar dari Tiffinbiru / CMG ..TQ

Lepat Pisang
Lepat pisang (dan juga lepat ubi, naga sari dan segala2 jenis lepat...). Tidak menggunakan gula pasir, sebab pisang tu sendiri dah manis, cuma tambah sedikit gula melaka sebagai pemangkin rasa. Kelapa parut dicampur sebagai penambah rasa lemak

BAHAN - BAHANNYA :-)
700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Sedikit Santan Pekat ( Tambahan sendiri / resepi CMG tak ada ) 
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut, potong ikut saiz yang sesuai

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pisang dilecek bersama gula melaka,santan , garam dan baking powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
  2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
  3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi....

Vanilla Cup Cakes


Resepi Dan Gambar dari Hanis .TQ


RESIPI :

1/2 cawan unsalted butter atau 1 cawan minyak jagung
2/3 cawan gula
3 biji telur
1 sd teh esen vanilla
zest 1 biji kulit lemon
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek)
1/4 cawan susu uht atau yang sewaktu dengannya
secubit garam

Method

Panaskan oven 350 F atau 175 degree..aturkan cup dalam tray oven..atau cup kertas boleh aturkan dalam tray muffin.

Bahan Basah
1.  Dalam mangkuk mixer, pukul telur dan gula hingga gebu..fluffy. Then add telur one by one.
2.  Masukkan vanilla extract dan lemon zest.

Bahan Kering
1. Mix tepung kek dan garam all together.

Then campurkan bahan kering ke dalam mangkuk mixer yang ada bahan basah tadi berselang seli dengan susu. Beat in low speed.

Dah siap batter for vanilla cup cake ini..ambil sudu, sendukkan batter ke dalam cup cake paper..about 1/2 level. kalau penuh nanti membuak2 pula. Untuk kemasan lagi boleh letak topping blueberry ke,kismis or what ever..plain for cream frosting ke..yang sesuai. Dah penuhkan semua..boleh bakar dalam masa 20 minit..jgn lame nanti kering pula isinya. Nak test dah masak ke belum..mcm biasa..cucuk tengah2nye dengan lidi sate atau cake tester..kalau tak melekat kat pencucuk tu maka dah masaklah ia.

Ayam Kalasan



Bahan:-
  • 4 ketul paha ayam (whole leg) - dibersihkan dan dibuang kulit - kelar sikit
  • garam secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 1 cawan kelapa parut
  • Minyak untuk goreng terendam (deep fry)
Bahan Dikisar Kering:-
  • 2 sudu besar biji ketumbar
  • 2 sudu besar biji lada putih
Bahan Dikisar Basah:-
  • 5 batang serai (diambil bahagian putihnya)
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • sedikit air
Cara Memasak:-
  1. Campurkan kelapa parut, garam, air, bahan kisar basah dan kisar kering ke dalam kuali. Gaul rata.
  2. Masukkan ayam dan rebus ayam sambil dibalikkan hingga ayam masak mesra dan air hampir kering. Angkat ayam dan toskan. Kemudian toskan juga campuran kelapa parut dan rempah-rempah tadi dalam bekas berasingan
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan letakkan ayam ke dalam pinggan yang sesuai.
  4. Kemudian goreng pula bahan kelapa parut dan rempah hingga bertukar warna kuning keemasan serta berserbuk rangup (awas jangan sampai hangus). Angkat dan toskan minyak.
  5. Taburkan serbuk kelapa tadi ke atas ayam dan rata-ratakan. Sedia untuk dihidangkan.


Nota: 

Istimewanya ayam kalasan ini tidak menggunakan sebarang bawang merah atau putih kerana biasanya ia akan menghanguskan ayam dan rupanya tidak berseri...tetapi rasanya tetap mantap!

Resepi dan Gambar dari ManjaChoc .. TQ .ASal dari beberapa blogger lain jugak .





Resipe ni  dr blog Ros JM @ resipi asal dr Kak Jun Myresipi, di copy dari blogKak Hana Kanazawa. )

Bahan-bahan
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung ( ros guna tepung kastard)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter ( ros letak 2 sudu besar je)
1 paket serbuk agar2 (10-11gm) - ros guna 8gram

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.
3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
4. psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

Old Fashioned Choco Cakes

Sebenar nya sya dah ada banyak resepi Choco cakes..tp masih tak puas kumpul resepi..ianya adalah kegemaran keluarga sya..jd sya suka simpan resepi2 nya..kebanyakan resepi ini,lebih kurang sama saja ..

Gambar dan Resepi ini dari 1001Resepi .TQvm .


 bahan-bahan: 
1/2 cup coco powder (I used hershey's...)
1 cup boling water (mix together and whisk untill smooth, set aside)

1 1/4 cups Bob's pastry flour
1 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1/2 tsp baking powder (sift together...)

1/2 cup butter
1 1/4 cups sugar 2 eggs
1 tsp vanilla

cara:
pukul butter dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji-sebiji dan vanilla. masukkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan coco mixture (starting and ending with the flour)...gaul rata...
bakar dalam 2 buah bekas bulat 8" (saya bakar dalam satu spring foam pan lebar 9 inci) pada kepanasan 175C selama 35 minit...
keluarkan dari oven dan biarkan sejuk...

topping tu kakida dapat resepinya dari sumber lain...
cairkan 100g cooking chocolate, campurkan 1/4 cawan sour cream dan gaul rata...sapukan atas kek...cream butter dan gula hingga kembang macam ni...sour cream frosting, my favourite...mudah disediakan dan memang sedap...got it from AWW magazine...walaupun rupanya tak cantik, tapi rasanya...fuh...memang sedap...sesuai sebagai birthday kek...buat dua bancuhan berasingan dan bakar dalam pan bulat 9"...sapukan icing atau frosting dan lapis bertingkat... 

Choco Chip


Hershey's perfect chocolate chip cookies...
Resepi dan Gambar dari Sini .TQ 1001Resepi .

bahan-bahan nya:
2 1/4 cups all purpose flour (saya guna tepung yang sama seperti kek diatas...)
1 tsp baking soda
1/2 tsp salt
(ayak sekali...)

1 cup butter, softened
3/4 cup granulated sugar
3/4 cup packed light brown sugar
1 tsp vanilla
(pukul semua hingga kembang...)

2 biji telur
2 cups hershey's choco chips

Cara: 
setelah butter dan gula kembang, masukkan telur sebiji-sebiji...
masukkan tepung...gaul sebati...
akhir sekali masukkan choco chips dan nuts (optional..about 100g)...
sudukan batter (ukuran satu sudu teh) ke atas ungreased cookie sheet dan bakar selama 9 minit pada suhu 375F...

Khasiat Roselle / Hibiscus sabdariffa L

High content in vitamin C compared to Blackcurrant, Grapefruit, and few others.(Mempunyai kadar Vitamin C yg lebih tinggi dr Blackcurrant,Limau etc ) .. Info yg sangat Berharga ..

Kalau nak tahu secara mendalam ttg roselle ni melalui wikipedia klik Di Sini .

Saya mula mengenali pokok roselle ini semasa keci lagi..masa tu mak selalu buat air..rasanya mcm air Ribena.Masa tu ianya amat2 baru di Malaysia.tak tau pon apa khasiat nya..cuma sbb rasa nya yg masam dan ditambah gula..sangat sedap.tak perlu beli juice .Jimat ..
2,3 tahun lepas sya mula jumpa pokok ini.melalui pemberia seorang kawan.Alhamdulillah..dah lama cari.Rezeki dr Ustaz .TQ
Sya mula tanam di  kawasan rumah Presint 8.ramai kawan2 tak tau bhw roselle yg sya dapat adalah dipanggil Rosell Arab.Di Malaysia banyak titanam Roselle yg datang dr Terengganu.Roselle Arab,buah nya lebih lebat dan besar..Jd bila sya dapat Roselle Terengganu,sya tak mau..sya lebih suka roselle Arab..dari mula sya tanam,Alhamdulillah,kawan2 yg merasa,turut minat nk tanam..jadi Sedekah dipanjangkan ..
Sebenar nya setelah beberapa tahun bersama dgn Roselle ni sya mendapat  beberapa info ttg khasiat Roselle,bukan saja buah,daun dan batang.
Bagi Buanya di buat jus,jem,jeruk.Daun dimasak asam atau goreng kosong.batang..sya dengar ada kegunaan..tp blum cuba..bagi periuk yg terlalu hitam didalam nya,boleh direndam isi roselle dan masak campur air..periuk akan jadi putih bersih semula.
Sya pernah lihat,Kosmetik menggunakan buah Roselle.
Antara khasiat Roselle ialah :
Kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.

Lagi kebaikan dan Khasiat Roselle :


1. Anti penuaan.
2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
3. Pencegah kanser
4. Demam panas/Selesema
5. Resdung (alergi) dan lelah (athma)
6. Stress atau sukar tidur
7. Amat baik untuk yang menghadapi luka luar dan dalam.
8. Mengatasi masalah penyakit kulit.
9. Penenang.

Lagi cerita tentang Roselle di Sini

Tips lagi ttg Roselle..
KIRANTI BALANCEA drink is made from 3 exotic herbs that contain high amounts of antioxidant: Roselle (Hibiscus sabdariffa), Pomegranate (Punica granatum), and Barbados cherry (Malpighia emarginata).

  1. Roselle (Hibiscus sabdariffa)
    Roselle is a flowering plant which has beautiful purplish-red flower with thick petals which originates from India. It is known as Rosela in Indonesia or the popular name in Arab: Karkade which is the name of their sweet tea.

    There are various kinds Roselle : Red Roselle, Purple Roselle, Black Roselle, Yellow Roselle, White Roselle, and Green Roselle. But the most widely consumed is Red Roselle.


    KIRANTI BALANCEA chooses to use Purple Roselle rather than other kinds of Roselle because its antioxidant (anthocyanin) content is five times higher than the Red Roselle’s.

    Roselle’s advantages:
    • High antioxidant content.
      A research by Didah Nurfaidah (Food Science and Technology, IPB) showed that Roselle contains more antioxidant than Java Tea. Roselle contains 51% anthocyanin that prevents cell damage caused by excessive UV absorption  (John McIntosh, Institute of Food Nutrition & Human Health, Massey University, New Zealand)
    • High fiber content (33.9%), good for digestive system health. (Sonia G, Department of Nutrition, Faculty of Pharmacy, Madrid, Spain)
    • Good for cardio health because of its low cholesterol and sodium content.
    • A source of Vitamin C, A, iron and potassium.
    Generally, Roselle’s benefits can be grouped as follows:
    • Increases stamina and body endurance.
    • Normalize blood sugar, uric acid & cholesterol levels.
    • Keeps skin healthy and reduces wrinkles.
    • Helps weight loss.
    • Acts as an anti-bacteria and anti-virus.
    • Assists the body's metabolism.
    • Delays menopause and osteoporosis.

Cara Buat dan resepi Makaron




Data dan Gambar asal dari Sini .TQ Azlita Aziz .


Hari ni ita nak tunjukkan bagaimana nak buat macaroons. Rupanyer ramai juga peminat macaroon kat luar sana... walaupun macaroon ni manis tapi ada juga yg berkenan... sebenarnyer yg cakap ni pun sama... tapi mmg betul walaupun macaroon ni manis tapi sedap tau! tak caya cuba buat... sebab apa tau ia ada rasa almond tu yg seronok aje makan pulak bila kita letak filling coklat... mmg feeling abis lah!


Sebenarnyer ita ni pun bukannyer pandai sangat nak mengajar buat macaroon ni...Tapi kesian pulak kat adik2 yg dok hantar msg kat ita kata... " kak ita... nape kita buat tak jadi..." " kak nape adunan ia cair.. kak" " kak nape ia tak keluar kaki kak" dan macam2 persoalan lagi yg ita dapat... tapi sebenarnyer ita tak tau nak jawab apa... sebab ita tak tengok macam mana adik2 ita tu buat... ok lah hari ni ita tunjukkan cara macam mana ita buat macaroon yg paling mudah dan simple... harap2 lepas ni menjadilah ye! bila buat... nanti jangan lupa hantar gambar kat akak tau!


Ok resepi kali ni ita guna resepi Rima. Ita pernah catatkan resepinyer di SINITapi ada beberapa bahan yg ita tak gunakan dan ita tinggalkan beberapa step membuatnyer... supaya lebih mudah! ok mula2 kita tengok bahan2 yang diperlukan



Sebelum kita nak mulakan untuk membuat pastikan semua bahan dlm keadaan kering. Serbuk almond tu pastikan dalam keadaan kering. Kalau ia macam lembab aje kita keringkan sekejap dalam oven, tapi jangan sampai terhangus pulak. Ok kalau takut terhangus jemur sekejap kat bawah matahari biar ia kering.
MACAROON

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor

80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yg serbuk lebih mudah! kang takut klu guna yg jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk.

Sebelum kita mula. kita sediakan dulang pembakar terlebih dahulu.  Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan. Yang paling mudah kalau kita guna baking paper lebih mudah untuk tanggalkan macaroon tu. Kalau guna kertas minyak, bila macaroon dah masak nanti lepas keluar oven terus pancit dgn air belakang kertas minyak. Biar sekejap nanti macaroon tu mudah tanggal. Hati2 ye! jangan sampai tercedera pula... sebab panas tu..

Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan







Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.

Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.



Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.


Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan!


Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yg kita suka. Ita suka letak Nutella sedap

Sila Share Link

Mintak Kawan kawan Share Link ini ke FB yerr .. TQVM
Cara : Klik Button Share , then Share Link ...
Dah Siap ... Happy View alls .. :)

My Notes

Nur Sayangku

Nur Sayangku